ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Tuesday, May 31, 2011

CONVERT EXCEL TO PDF



Salam 1 Malaysia. Post kali ini saya akan berkongsi dan nak beri secara PERCUMA saja ilmu bagaimana nak tukar dokumen daripada excel ke PDF. Semudah ABC, sesiapa sahaja mampu melakukannya. Convert ini penting terutama EXCEL ke PDF. Mengapa saya kata penting?
Kelebihan Fail PDF adalah:
  • Cepat dan senang dibuat. Bagi menghasilkan fail PDF anda hanya perlu melakukan beberapa klik sahaja tidak sampai 1 minit.
  • Selamat. Tidak perlu bimbangkan fail anda, ini kerana fail ini sememangnya tidak boleh diubah dan ia juga boleh diletakkan kata laluan bagi menambahkan keselamatan fail dimana hanya mereka yang tau kata laluannya sahaja akan dapat membuka fail ini.
  • Kebolehmampatan. Ini merujuk kepada kemampuan fail PDF digunakan bagi menggantikan bilik dokumen yang besar dan dipenuhi dengan banyak fail. Dimana apabila ditukarkan kepada format PDF, akan menjadi fail-fail yang kecil disimpan didalam komputer, tidak memerlukan ruang yang besar dan luas. Sekiranya ada pengguna lain yang memerlukan fail dokumen tersebut ianya dapat dihantar dengan mudah melalui rangkaian Internet.
  • Lengkap. Dalam erti kata lain, dokumen ini serupa dengan yang asal. Cuma berbeza daripada bentuk sahaja iaitu softcopy (tidak dicetak) dan hardcopy (cetakkan). Ia boleh muncul dengan sendiri daripada hardware, perisian dan system operasi yang digunakan untuk membuat atau memaparkan dokumen PDF. Ertinya ia bukan sahaja mudah dihantar daripada satu komputer ke komputer yang lain dengan aplikasi yang berlainan, ia juga bermaksud anda akan mendapatkan dokumen anda dengan jelas dan tanpa menghadapi sebarang kecacatan yang boleh mengakibatkan masalah komunikasi. Mengekalkan rupa bentuk dan keaslian sumber data tidak lagi menjadi satu kebimbangan buat anda.
So dah baca??/ Jom kita download. klik pada download.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts