ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Monday, February 28, 2011

MESYUARAT IBUBAPA GURU PRASEKOLAH KALI KE 2 & SUKAN PRASEKOLAH 2011

Kepada Ibubapa Murid, Butiran mesyuarat adalah ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 6 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi
Hari : Ahad

Semua ibubapa diwajibkan hadir. selepas mesyuarat, akan diadakan sukan prasekolah gabungan bersama sukan tahunan sekolah SK Pendidikan Khas, Jalan Peel.

Terima Kasih,
Yang Benar
Mohd Alhafiz Bin Omar
Setiausaha
Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah


Sunday, February 27, 2011

BENGKEL SISTEM MAKLUMAT PRSEKOLAH KEBANGSAAN

Pada 28 Februari 2011, Bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, JPWP mengadakan satu bengkel sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) . Semua guru prasekolah di semua zon menghadiri bengkel tersebut.

Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Keperluan Bahan P&P Bagi tunjang Perkembangan Fizikal Murid Prasekolah Pendidikan Khas

Pada 26 Februari 2011 satu mesyuarat diadakan antara guru-guru prasekolah pendidikan khas di sekitar KL dan Selangor bersama dengan Pn Rashidah Binti Mohd Rasul iaitu Pen. Pengarah BPK, kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat diadakan di SKPK Kg Baru, KL dari jam 8.00 pagi berakhir jam 1.00 petang. Beberapa perkara dibincangkan yang melibatkan Keperluan Bahan P&P tunjang Fizikal. Seramai 6 orang Guru berkumpul dan berbincang bersama bagi menjayakan mesyuarat Tersebut.

Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah

Pada 24 Februari 2011, satu program sambutan Maulidur Rasul disambut oleh seluruh warga sekolah skpk Jalan Peel. Program diadakan seawal jam 7.30 pagi lagi. Majlis ini dimulakan dengan perarakan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.Q di sekolah dan berakhir di Yayasan Pendidikan Cheras, ( YPC ). Beberapa acara diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah :
1. Persembahan lakonan murid moral ( 3 buah lakonan bertemakan nilai murni ).
2. Sketsa murid Islam bertajuk ' Keinsafan'
3. Pertandingan mewarna
4. Kuiz Maulidur Rasul
5. Lakonan Guru Lelaki
6. Tayangan video Nilai Murni bagi murid moral.
7. Perkongsian motivasi oleh Cik Ng Chek Ee, 

Didalam pada itu, murid prasekolah sekolah kita tidak terkecuali terlibat sama dalam program dan memenangi acara yang dipertandingkan. Tak percaya?? Jom kita lihat gambar di bawah.. Hehe

















(gambar gambar lain saya akan 'uploadkan' kemudian,. InsyaAllah)

Manual blog.

Salam 1 Malaysia. Mungkin ada pengunjung blog yang masih baru dalam dunia internet. Disini saya memberikan sedikit penerangan ringkas. Setiap posts atau entri terbaru pengunjung boleh lihat di blog archive disebelah kanan laman utama blog. Disini semua post boleh dilihat satu persatu.
2. Setiap post boleh dikomen oleh pengunjung. Pengunjung boleh komen di bawah entri atau post setiap posts.
3. Untuk komen atau berbual secara online, pengunjung boleh klik pada button shout box. Apabila anda klik di shout box, comment box akan keluar dan anda bolehlah memberikan komen yang membina dan positif. Shout box terdapat di sebelah kanan di bahagian atas.
4. Bagi yang membuat yahoo messenger atau (YM) anda boleh chat dengan men klik pada gadget chat with ym di ruang sebelah kiri.

Seni & Kraf - Mengunting gambar pakaian dan membuat origami.

Didalam tunjang kreativiti & estetika, aktiviti yang telah saya jalankan kepada murid ialah membuat origami. Aktiviti origami ini memberikan banyak pengalaman pembelajaran kepada murid murid antaranya ialah kemahiran 'fine motor' iaitu aktiviti melipat mengikut garisan, kemahiran proses sains iaitu sistematik dan kemahiran pemerhatian. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk melipat kertas mengikut 'step by step' hingga menjadi baju. Disini saya muatkan beberapa gambar murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti seni dan kraf tersebut. Diharap ibubapa dan pengunjung blog sudi-sudikan memberikan komen anda.
p/s : Anda boleh klik pada shout box di paparan utama sebelah kanan blog untuk komen ringkas. Terima Kasih.

Mengunting bentuk pakaian. Hakim boleh mengunting mengikut garisan dengan baik

Haziq boleh mengunting mengikut garisan pada tahun ini. Satu perkembangan yang amat saya harapkan.

Melipat kertas

Tak percaya? Percaya lah. Murid ini melipat sendiri.

Hakimy masih belum menguasai kemahiran melipat. Dia perlu dibantu lagi.






Sunday, February 20, 2011

Tema minggu ke - 8

Kepada semua ibubapa, pembelajaran bertema pada minggu ini ialah bertajuk pakaian. didalam tema ini, saya memilih beberapa sub tema pakaian yang dirasakan sesuai dengan peringkat umur dan kesediaan murid prasekolah masalah pendengaran. Jadi murid-murid akan diajar mengenal pakaian kaum-kaum iaitu pakaian masyarakat Melayu, Cina, India dan kaum primbumi sabah dan sarawak. Walaupun tema pakaian, namun fokus enam tunjang pembejaran digabungjalin bersama dengan tema. Enam tunjang pembelajaran tersebut boleh dilihat di link berikut :
Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti p&p yang dijalankan sepanjang minggu ke 8 ini untuk tatapan tuan,tuan dan puan-puan serta pengunjung blog ini.Diharap sudi memberikan komen yang membina agar dapat meningkatkan lagi kualiti persembahan blog ini.
Menulis nama pakaian

Haziq Hamiky sebelum memulakan pelajaran

Izz Hakimy

Hakim

Cheah

Qistina

Aktiviti sesuaikan gambar emosi dengan simbol.Hamiky boleh mengenal emosi suka, marah, senyum


Aktiviti sains - Mengenal objek besar dan kecil.

Hakimy boleh mengecam objek besar tetapi belum menguasai sepenuhnya perkataan besar dan kecil.

Ni pula pic aktiviti transisi. Permainan manipulatif


Tunjang perkembangan fizikal. Hari ini aktiviti koordinasi mata-tangan iaitu memasukkan gelung ke dalam kon. Cheah boleh melakukan aktiviti tersebut.

Akhirnya berjaya

Ni pula aktiviti menyambut gelang(gelung) iaitu satu kemahiran koordinasi mata-tangan juga.

Qistina cuba menangkap gelang yang dilambung oleh guru kelas.

Lihat tuh? On air lagi..hehehe

Cheah menulis perkataan bertemakan berkongsi dalam subjek Moral.

( Pengunjung blog boleh klik pada gambar untuk zoom. )
 Gambar-gambar yang lain, InsyaAllah saya akan muat naikkan kemudian yer.

Sekian, Terima kasih

Murid Tahun 2011

Friday, February 18, 2011

Aktiviti Literasi Sains & Matematik

Salam 1 Malaysia. Di kesempatan ini saya 'upload'kan beberapa gambar yang sempat diambil semasa sesi p&p dijalankan. Antara aktiviti yang dipilih ialah aktiviti mengecam nama bapa murid-murid. Secara keseluruhan murid prasekolah saya mampu mengecam nama bapa mereka melalui latihan berulang kali. Walaupun terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat mengecam perkataan nama bapa mereka, namun keinginan dan semangat untuk mencuba tetap ada dalam diri mereka.

Bagi aktiviti matematik, Hari ini ( Jumaat, 18 Februari 2011 ) saya mengajar konsep masa kepada murid. Memang sukar untuk mengawal keinginan dan minat murid prasekolah. Masing-masing berebut model jam yang hanya ada satu sahaja. Ini la masalah dan cabaran yang perlu guru prasekolah hadapi iaitu mengajar, mendidik murid-murid bersabar, menunggu giliran dan bertolak ansur.. Kepada yang mempunyai idea yang bernas, silalah tinggalkan komen di blog ini.

Jadi inilah beberapa gambar yang saya sempat ambil dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid.

sekian, terima Kasih.

Yang Benar
GURU PRASEKOLAH
SKPK JALAN PEEL
55100 KUALA LUMPUR

Hamiky boleh mengecam nama bapanya melalui kad perkataan.

Cheah boleh mengenal nama keluarganya hanya melihat perkataan di kad sahaja.

Apa komen anda?

Haziq, murid yang menunjukkan prestasi perkembangan yang baik pada tahun ini. Syabas!!

Haziq menangis?? Biasalah kalau dah nama kanak-kanak. menangis ni macam satu mesej dan maklumat ( Hehe)

Masing-masing berebut kad perkataan.

Ni pula aktiviti kognitif iaitu Matematik. Belajar konsep masa menggunakan model jam dan kad waktu

Model jam ni perlu ditambah?

Hakimy cuba melaraskan jarum jam agar sama dengan waktu di kad perkataan yang diberi.

Haziq boleh melaraskan waktu dengan betul cuma kadangkala dia keliru jarum jam pendek dan jarum panjang bagi minit.

Ni Cheah, satu-satunya murid berbangsa Cina pada tahun 2011.

Hakim masih perlu diberikan latihan dan galakan berterusan. Menunjukkan minat dan turut serta didalam aktiviti

Popular Posts