ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Tuesday, May 4, 2010

LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG ROTI DAN SEKITAR SHAH ALAM
PADA 27 APRIL 2010
BERTEMPAT DI SHAH ALAM, SELANGOR.


Pada hari Selasa, 27 April 2010 Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke sekitar Shah Alam. Lawatan ini disertai oleh tujuh orang murid prasekolah, seorang guru, dua orang pembantu pengurusan murid dan turut terlibat ibubapa murid prasekolah seramai lima orang.
Program dimulakan dengan ucapan dan taklimat program lawatan tersebut kepada ibubapa yang telah disampaikan oleh ketua rombongan iaitu En. Mohd Alhafiz Bin Omar pada jam 8.00 pagi. Guru Besar, En Omar Bin Sujak turut serta memberikan sedikit ucapan ringkas berkenaan program pada hari tersebut.
Bas bertolak dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel pada jam 8.30 pagi. Rombongan ahli tiba di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor disambut oleh GPK HEM dan Penolong kanan 1. Lawatan diadakan di sekeliling sekolah dan juga di prasekolah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor. Sesi perbualan dan perbincangan dijalankan antara Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor.
Lawatan diteruskan dengan melawat kilang Roti High5 di seksyen 18, Shah Alam. Lawatan di kilang roti berlangsung lebih kurang 50 minit. Pelbagai pengisian program diadakan seperti tayangan multimedia berkenaan sejarah pembuatan roti, tayangan video mengenai roti high5. selepas itu, rombongan dibawa masuk ke muzium roti iaitu pameran dan sejarah pembuatan roti sejak zaman awal manusia sehinggalah kepada teknologi terkini pembuatan roti dihasilkan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke tempat pembuatan dan penghasilan roti daripada peringkat pembancuhan tepung sehinggalah kepada proses akhir iaitu pembungkusan.
Pada jam 11.30 pagi, rombongan lawatan singgah di restoran KFC untuk membeli makanan tengahari di Shah Alam sebelum berangkat pulang ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel.
Pada jam 12.00 tengahari, rombongan bertolak pulang ke Sekolah. Bas tiba disekolah pada jam 2.00 petang. Program berakhir dengan pemberian makanan kepada para ibubapa dan murid prasekolah.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts