ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Tuesday, May 18, 2010

Mengenai Prasekolah

Pengenalan

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.


LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM  melaksanakan Program Prasekolah.

Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah


BILANGAN KELAS PRASEKOLAH

Sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.


MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH

Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;

1.    Guru Lepasan Diploma

2.    Guru Siswazah

BIL. Negeri Kelas
1 PERLIS 63
2 KEDAH 458
3 P. PINANG 205
4 PERAK 624
5 SELANGOR 495
6 W.P K. LUMPUR 100
7 NEGERI SEMBILAN 227
8 MELAKA 163
9 JOHOR 684
10 PAHANG 518
11 TERENGGANU 355
12 KELANTAN 475
13 SARAWAK 833
14 SABAH 621
15 W.P. LABUAN 19
16 PUTRAJAYA 12
17 JUMLAH 5852
*Termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.


MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.    27 buah kelas prasekolah terdapat di Institut Perguruan.
2.    28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
3.    93 buah kelas prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.
4.    Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) ditempatkan di kelas prasekolah bagi membantu guru prasekolah.


MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH KPM
(Seperti pada 31 Januari 2007)


BILANGAN MURID MENGIKUT NEGERI

BIL. NEGERI   MURID
1 PERLIS 1280
2 KEDAH 9297
3 P. PINANG 4162
4 PERAK 12667
5 SELANGOR 10049
6 W.P K. LUMPUR  2030
7 NEGERI SEMBILAN 4608
8 MELAKA 3309
9 JOHOR 13886
10 PAHANG 10512
11 TERENGGANU 7207
12 KELANTAN 9643
13 SARAWAK 16873
14 SABAH 12542
15 W.P. LABUAN 386
16 PUTRAJAYA 234

JUMLAH 118686
*Tidak termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.


TALIAN UNTUK DIHUBUNGI DI BAHAGIAN SEKOLAH

Unit Pengurusan Prasekolah
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

03-88849566
03-88849586
03-88849370
FAKS : 03-88849553/9315

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts