Bermula 29 April 2010, Kelas KTBM untuk Ibubapa murid diadakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah 2010 pada Mac yang lalu. Kelas Bahasa Isyarat ini dikendalikan oleh guru KTBM Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Peel Kuala Lumpur iaitu Pn. Noor Aisya Bt Maiden.
Antara objektif Kelas Bahasa Isyarat KTBM Ibubapa murid ini dijalankan ialah:
1. Memberi pengetahuan ilmu bahasa isyarat kod tangan bahasa melayu kepada ibubapa.
2. Menggalakkan komunikasi dua hala ibubapa dan anak-anak masalah pendengaran
dirumah.
3. Meningkatkan pengukuhan dan pemahaman murid mengenai pelajaran di sekolah.
4. Ibubapa mengaplikasikan pengetahuan bahasa isyarat dirumah sebagai mekanisme
interaksi dengan anak-anak masalah pendengaran.
5. Merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa murid khususnya prasekolah.
6. Membantu ibubapa memberikan pendidikan sepanjang masa kepada murid khususnya
masa
anak-anak dirumah.
Berikut adalah butiran mengenai kelas KTBM untuk ibubapa.
Hari : Setiap minggu pada hari KhamisMasa : 12.05 - 12.35 tengahari.Tempat : Kelas 1 Wira
Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua dan mendapat ganjaran dari tuhan Yang Maha Esa.
Sekian.
Mohd Alhafiz Bin Omar
Setiausaha
Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah
Sk Pendidikan Khas
Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment