ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Thursday, November 17, 2011

GAMBAR HARI GRADUASI PRASEKOLAH

SALAM 1 MALAYSIA. Saya mengucapakan selamat bercuti kepada semua murid prasekolah. Kepada semua ibubapa rajin-rajin asah minda anak-anak khas kita. Murid prasekolah tahun 2011 adalah murid yang berpotensi dan berkeupayaan untuk maju. Didiklah anak khas anugerah Allah yang pasti ada hikmahnya ini. Andai saya pernah memarahi atau menghukum, denda saya pohon sejuta kemaafan. Semua itu hanyalah satu proses pengajaran dalam mendidik murid-murid dan bukan ikut amarah semata-mata tapi kerana mahu anak-anak kita sedar yang mana salah. Denda bagi tingkahlaku yang tidak baik dan ganjaran@'rewards' bagi tingkahlaku yang baik. dan satu mohon sekali lagi kemaafan jika ada salah dan silap. Hanya satu pesan saya, jika mahu mendenda atau menghukum anak jauhkan sekali memukul dari anggota atas hinggalah bawah pusat. Dan jauhkan sekali daripada melempang anak di muka. Boleh pukul ditapak kaki untuk tujuan denda.
Disini saya muatnaikkan gambar murid prasekolah yang tamat prasekolah 2011 dan Hari Graduasi mereka. tahniah dan Syabas kepada anak-anak yang comel ini.












HARI ANUGERAH CEMERLANG MURID SKPK JALAN PEEL

Pada 17 November 2011, Rabu, Program Hari Anugerah Cemerlang Murid diadakan di sekolah SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Tujuan Majlis ini diadakan adalag sebagai satu penghargaan dan peniktirafan murid sekolah yang cemerlang didalam akademik dan juga kokurikulum. Murid Prasekolah tidak terlepas dari program tersebut dan turut menerima hadiah. Semua murid prasekolah mendapat cenderamata dan saguhati tidak kira nombor didalam kelas. Ini adalah sebagai satu motivasi dan pengalaman awal kepada mereka agar rajin belajar dan mempunyai semangat cintakan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, 3 persembahan turut dilakukan oleh murid prasekolah iaitu Persembahan bercerita bertajuk 'Autobiografi saya' yang disampaikan oleh Nur Qistina Bte Mohd Zahid. Persembahan kedua ialah 'Padankan saya' yang disertai oleh semua murid prasekolah iaitu Danial Hakim, Haziq Hakimy, Izz Hakimy, Qistina & Chong Tze Cheah. Persembahan ketiga ialah 'pakaian beragam'. Kepada ibubapa yang tidak berpeluang melihat suasana semasa majlis tersebut, disini saya muatnaikkan beberapa gambar semasa majlis tersebut untuk dikongsikan bersama. Ibubapa boleh muatnaik gambar tersebut ( Kepada ibubapa murid pra sahaja diizinkan memuatnaik gambar tersebut).
Semoga terhibur. Salam 1 Malaysia






























Friday, October 14, 2011

Lawatan Ke Zoo Melaka dan Sekitar Bandar Melaka

Pada 12 Oktober 2011, diadakan lawatan murid prasekolah ke Melaka. Program sehari lawatan ke Melaka ini sememangnya satu program belajar sambil melawat yang bermakna dan sudah pastinya memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada murid prasekolah pendidikan khas, Beberapa tempat dikunjungi antaranya ialah Zoo Melaka, Kota A Famosa dan sekitar Bandar Hilir. Terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung menjayakan program tersebut. InsyaAllah program ilmiah dan hand on ini akan berlanjutan dan semoga ianya menjadi lebih baik dan berkesan,
Para ibubapa boleh lah melihat atau boleh memuat naik turun gambar-gambar semasa program lawatan diadakan,
































SEkian terima kasih




Popular Posts