ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Wednesday, April 27, 2011

Ragam murid prasekolah waktu Transisi




Inilah ragam murid ketika waktu transisi. Main, gaduh, kacau kawan.

BENGKEL PENGHASILAN BUKU INFORMASI PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Untuk makluman ibubapa, Guru Kelas Prasekolah menghadiri bengkel tersebut pada ketetapan seperti berikut :

Bengkel Penghasilan Buku Informasi & Buku Pengoperasian Prasekolah Pendidikan Khas Bil 1. 2011
Tarikh : 25-28 April 2011
Tempat : Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur.



Kepada Guru-guru yang mengantikan kelas prasekolah, Guru Kelas, En Hafiz telah meninggalkan lembaran kerja kepada murid. Guru boleh menggunakan lembaran kerja tersebut untuk murid prasekolah.
Terima Kasih




Sunday, April 24, 2011

Amali Solat waktu Pendidikan Islam

Sambutan Hari Lahir Hakim


Haziq: Cepat lah Hakim... saya tak sabar nak rasa kek akim ni... nyum nyum..
Hakim: Sabar lah..... kena nyanyi dulu lagu Selamat Hari Jadi untuk Hakim.... hehehe




Adik Hakim..... Hakimi....

Tiup Hakim... jangan tak tiup....


Kek Hari Jadi Hakim... Klass gitu..

Jadual Waktu P&P

Kepada semua ibubapa murid, Tuan/Puan boleh merujuk jadual dibawah sebagai panduan. Terima kasih.

Tema Minggu Ke16 P&P

Kepada Semua ibubapa. Tema P&P murid pada minggu ini ialah makanan iaitu subtema buah-buahan. Diharap ibubapa membaca buku panduan isyarat tangan yang ada. Latih dan ulang pelajaran isyarat nama buah-buahan rutin yang biasa dilihat seperti oren, betik, anggur dan buah-buahan lain. Luangkan sedikit masa anda sewaktu dirumah untuk ulang semula pelajaran yang dipelajari oleh anak di sekolah.

Yang benar,
guru prasekolah
skpk Jalan Peel.




Wednesday, April 6, 2011

Murid menyusun huruf dengan betul



Adik Haziq menunjukkan kemajuan dalam mengenal dan menyusun huruf mengikut turutan yang betul..... Go Haziq....

Popular Posts