ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Wednesday, March 16, 2011

Latihan Tugasan Pelajaran Institut Bahasa (IB)

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, beberapa orang pelajar daripada Institut Bahasa datang melawat Prasekolah SKPK Jln Peel. Lawatan ini adalah sebagai latihan praktikal kepada pelajar dan latihan tugasan mereka. Murid juga 'happy' dengan kehadiran bakal guru tersebut dan memberikan kerjasama kepada mereka. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang tugasan mereka itu.
Sesi Ramah Mesra dengan murid

Aktiviti kognitif

Murid prasekolah berjaya lakukan. Syabas

Erm,,dah berjaya sure la suka kan???

Aktiviti P&P

Erm,,,kena pegang murid-murid ni baru nak bergambar


Kenang-kenangan




Saturday, March 5, 2011

Sambutan Hari Lahir Qistina

Sambutan Hari Lahir Qistina diadakan pada 24 Februari 2011 yang lalu. Disebabkan kesukaran mendapatkan akses internet, agak lambat saya posting entri ni,,Terima kasih kepada keluarga Nur Qistina yang menyediakan makanan bagi sambutan hari lahirnya. Terima kasih juga kepada ibubapa yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Ni ja gambar yang ada pada saya,,




Friday, March 4, 2011

Latihan Sukan Tahunan Sekolah

Pada minggu ke-9 ini, sekolah sibuk menjalani latihan sukan bagi rumah sukan masing-masing. Murid prasekolah turut serta didalam latihan tersebut. Nampaknya mereka begitu gembira walaupun panas terik. Berikut saya muat naikkan beberapa gambar murid prasekolah menjalani latihan sukaneka pada minggu tersebut.

Tuesday, March 1, 2011

Jamuan makan Malam BKGK 2011

Pada 25 Februari bertempat di Hotel Seri Petaling, Badan Kelab Guru mengadakan satu majlis jamuan makan malam. Semua hadir memeriahkan majlis. Pelbagai acara dilaksanakan pada malam tersebut antaranya sumbangan hadiah kepada ahli, sumbangan cenderahati kepada ahli yang menyambut hari lahir dan lain-lain. Majlis bermula jam 8.30 dan berakhir pada jam 11.00 malam. Acara cabutan bertuah juga turut diadakan. Berikut beberapa gambar untuk perkongsian bersama.





Popular Posts