ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Tuesday, May 4, 2010

ARAHAN/ PENGUMUMAN.

1. MASA SEKOLAH.

Masa sekolah bagi semua guru adalah seperti berikut:

Hari Isnin –Khamis : 7.30 pagi – 1.35 tengahari.
Hari Jumaat : 7.30 pagi – 12.05 tengahari.

Semua guru dikehendaki berada di sekolah dalam masa bertugas. Kebenaran diberi untuk meninggalkan kawasan sekolah pada masa bertugas dalam keadaan kecemasan ( Rujukan bil. 7 dlm. Pej. W/P5505). Guru-guru ini terlibat dahulu dikehendaki mengisi butir-butir dalam buku khas di pejabat sekolah.

2. JADUAL KEDATANGAN GURU-GURU.

Buku Jadual Kedatangan guru-guru akan ditinggalkan dalam pejabat. Semua guru dikehendaki menandatangani serta mencatat masa sampai dan balik untuk tugas mengajar dan tugas-tugas lain seperti gerakerja persatuan, gerakerja permainan dan sebagainya. Guru tandatangan mengikut masa gerakerja permainan dan sebagainya. Guru tandatangan mengikut masa sampai dan ‘ Line Merah ‘ akan di buat selepas 7.30 pagi.

3. TIDAK HADIR KE SEKOLAH.

Apabila seseorang guru tidak dapat ke sekolah, beliau adalah dikehendaki mengambil tindakan supaya memberitahu pihak pentadbir sekolah sebelum bermula. Buku pengajaran, anak kunci dan buku teks mestilah dihantar ke pejabat sekolah. Sijil Sakit (MC) hendaklah di hantar dengan segera.

4. GURU BERTUGAS.

Guru Bertugas Mingguan pastikan sampai ke sekolah 15 minit sebelum sekolah bermula dan meninggalkan sekolah 15 minit selepas bersurai. Anda akan bertanggungjawab memastikan kelas-kelas dibuka dan ditutup, lampu di pasang dan ditutup, air ditutup semasa datang dan balik.

4.1 Guru betugas akan menjalankan perhimpunan sekolah.

4.2 Anda akan bertanggungjawab bagi semua aktiviti sekolah dan kejadian yang berlaku sepanjang minggu.

4.3 Anda akan membuat laporan dalam buku laporan yang disediakan.

4.4 Sebelum perhimpunan, diminta guru bertugas berbincang dengan pihak pentadbir terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat untuk disampaikan semasa perhimpunan.

4.5 Guru bertugas hendaklah meronda kawasan sekolah pada masa sampai, rehat dan balik untuk membuat laporan tertentu. Segala laporan dan teguran hendaklah dibuat pada masa perhimpunan.

5. PERHIMPUNAN MURID-MURID.

5.1 Perhimpunan selama 30 minit akan dijalankan pada tiap-tiap hari Isnin jam 7.40 pagi. Pada hari lain juga pada 7.40 pagi.

5.2 Murid-murid mestilah diarah beratur dengan pantas dan senyap menuju ke kelas masing-masing.

5.3 Semua guru termasuk guru ganti hendaklah hadir di perhimpunan.

5.3:1 Guru kelas berdiri di hadapan kelas masing-masing dan guru lain di bahagian belakang. Guru-guru tidak digalakkan berkumpul- kumpul di masa perhimpunan.

5.3:2 Semua GPK berdiri di hadapan bersama Guru Besar.

6. MENGAJAR DI DALAM KELAS.

6.1 Setiap pelajaran mestilah diajar dengan lengkap.Murid-murid tidak dibenarkan duduk tanpa membuat kerja.

6.2 Semua kerja bertulis dikawal oleh guru. Beri kerja rumah yang mencukupi dan pastikan diperiksa.

6.3 Jangan memeriksa buku rampaian dan kertas ujian dalam kelas masing-masing.

6.4 Semua kerja bertulis hendaklah diperiksa,dibetulkan dengan cekap dan teliti.guru hendaklah menandatangani serta menulis tarikh di mana kerja telah diperiksa.

6.5 Catatan-catatan (notis) diberi hendaklah diperiksa, ditandatangani dan ditulis tarikhnya oleh guru.

6.6 Guru tidak boleh meninggalkan kelas tanpa sebab-sebab yang munasabah. guru kelas adalah bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku di dalam kelas. Keadaan kelas dan murid anda mencerminkan perwatakan anda.

6.7 Pemeriksaan kerja bertulis ialah tanggungjawab guru kelas dan guru yang bertanggungjawab atas mata pelajaran berkenaan.

6.8 Semua buku kerja mesti digunakan dan kerja-kerja ditanda / diperiksa.

6.9 Buku kerja dan buku tulis akan diminta untuk pencerapan.

6.10 Selepas peperiksaan, guru-guru hendaklah merancang sesuatu khas untuk murid-murid mereka supaya keadaan murid dapat dikawal.

6.11 Ujian bulanan hendaklah diadakan tiap-tiap hujung bulan mengikut takwim. Semua keputusan hendaklah dicatat dalam buku rekod.

7. BUKU RAMPAIAN.

7.1 Buku kerja murid / fail murid hendaklah dihantar kepada ibubapa / penjaga murid-murid mengikut tarikh yang ditetapkan dalam kalendar sekolah. Ibubapa / penjaga akan menandatangani buku tersebut dan kembalikan buku.

7.2 Buku rampaian akan juga diperiksa oleh pihak pentadbir pada masa yang ditetapkan.


7.3 Semua buku kerja boleh disimpan di bilik darjah, tetapi buku catatan bolehlah disimpan oleh murid-murid untuk ulangkaji.

7.4 Pulangkan semua buku murid di akhir tahun. Jangan ada yang masih disimpan dalam almari.

8. KETEPATAN PADA WAKTU.

( Surat pek. Ikhtisas bil 2/81 bertarikh 12/9/81 dirujuk ).

8.1 Ketepatan pada waktu hendaklah diikuti oleh semua guru.

8.2 Guru-guru patut tepat pada waktu datang ke sekolah, kelas atau apa-apa perjumpaan. Jika jarak rumah jauh cari jalan dan usaha datang awal. Jangan bergantung kepada takdir dan keadaan sahaja tanpa usaha dan ikhtiar.

9. DISIPLIN.

9.1 Disiplin sekolah adalah tanggungjawab semua guru.

9.2 Semua guru, khasnya Guru Kelas patut menjaga dan menggalakkan murid- murid:

9.2:1 Datang ke sekolah dengan berpakaian bersih dan lengkap.

9.2:2 Memberi salam kepada guru-guru / orang yang jauh lebih tua dan kawan-kawan dengan cara yang baik.

9.2:3 Beratur sebelum masuk ke dalam kelas / keluar dari kelas.

9.2:4 Pengucapan “ terima kasih “,”minta maaf “ dan sebagainya dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris.

9.2:5 Pada waktu akhir,pastikan kelas bersih dan kemas.

9.2:6 Jangan makan dan minum dalam kelas kecuali di kantin. Murid tidak dibenarkan ke kantin untuk membeli minuman guru.

9.2:7 Tidak dibenarkan menyapu bilik darjah atau kaki lima kelas pada masa belajar. Pastikan bilik darjah teratur sebelum mula mengajar.

9.2:8 Semasa rehat tidak dibenarkan murid berada di dalam kelas.

9.2:9 Murid-murid mesti beratur ketika hendak ke kantin.

9.2:10 Setiap lawatan belajar, semua guru diwajibkan berpakaian sekolah dan begitu juga dengan guru-guru hendaklah berpakaian kemas.

10. DENDA JASMANI ( CORPORAL PUNSHMENT ).

10.1 Guru-guru dilarang menjalankan apa-apa pun cara denda jasmani. Semua jenis perbuatan yang melanggar disiplin patut dilaporkan kepada badan disiplin.

10.2 Sekiranya terdapat guru-guru melanggar peraturan ini dan tindakan mahkamah diambil ke atas mereka. Pihak sekolah, Jabatan dan Kementerian tidak bertanggungjawab, Semua ditanggung oleh guru itu sendiri 100%.

11. PAKAIAN.

11.1 Arahan seperti dalam K.P Bil 8/1968 (48), dan arahan JPWP mesti diikuti. Perhatikan khas hendaklah diikuti mengenai pakaian bersesuaian untuk Pendidikan Jasmani.

11.2 Guru-guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada hari Isnin sehingga waktu rehat.

12. KEBERSIHAN.

12.1 Setiap guru patut menjaga kebersihan sekolah dan sekelilingnya kelihatan bersih.

12.2 Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua guru. Keadaan kelas mencerminkan peribadi guru.

12.3 Apabila murid-murid keluar untuk Pendidikan Jasmani, baju dan sebagainya hendaklah disusun dalam bilik darjah dengan kemas. Kelas hendaklah dikunci.

12.4 Kebersihan bangunan hendaklah dijaga. Tegur murid-murid yang mengotorkan dinding dan sebagainya.


13. ALAT BANTUAN, KAD PERSEORANGAN ( VISUAL AIDS INDIVIDUAL CARDS ).

Alat bantu mengajar mesti dipamerkan dalam tiap-tiap kelas. Alat yang dipamerkan mesti berkaitan dengan tajuk pelajaran yang diajar. Alat bantuan mengajar hendaklah selalu ditukar.




14. MURID-MURID YANG TIDAK HADIR SEKOLAH.

14.1 Jika seseorang murid tidak hadir ke sekolah lebih dari 3 hari tanpa memberi alasan, guru darjah hendaklah menghubungi pejabat untuk berhubung dengan ibubapa/ penjaga murid.

14.2 Guru-guru hendaklah mengingatkan murid-murid bahawa mereka mesti membawa surat keterangan daripada ibubapa atau sijil-sijil sakit jika tidak hadir.

14.3 Penyata ke tidak hadiran hendaklah di buat pada hujung tiap-tiap bulan.

15. BUKU REKOD PENGAJARAN.

15.1 Semua rancangan pelajaran hendaklah disediakan dalam Buku Rekod pada atau sebelum 4 Januari 2010

15.2 Semua butir-butir berkenaan murid-murid hendaklah dilengkapi sebelum 4 Januari 2010
15.3 Rancangan Pelajaran Mingguan bersama dengan pelajaran-pelajaran pada hari Isnin hendaklah disediakan setiap minggu. Buku Rekod Mengajar mesti di hantar ke PEJABAT pada hari Jumaat jam 12.05 tengahari setiap minggu.

15.4 Seorang guru yang menggantikan guru ( relief ) dalam sesuatu kelas hendaklah mengisi Buku Rekod Pengajaran dan Persendirian bagi guru yang tidak hadir readers balik digunakan semasa “relief “.

15.5 Segala hal kejadian mustahak hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod bahagian Rekod Aktiviti / Perancangan / Peringkat.

16. JADUAL KEDATANGAN MURID-MURID.

16.1 Jadual Kedatangan sementara akan digunakan selama 1 bulan. Semua butir dalam Jadual Kedatangan sementara hendaklah di periksa dengan teliti oleh guru darjah. Perhatian Khas diberi kepada alamat ibubapa / penjaga, nombor telefon rumah atau pejabat dan juga nama murid-murid mesti sama seperti dalam surat beranak serta nombor kemasukan murid.

16.2 Semua butir dalam Jadual Kedatangan hendaklah ditulis dengan skrip dan disiapkan pada awal Februari 2010 Nama hendaklah ditulis dengan penuh.

16.3 Sebarang kesilapan mestilah di palang dan ditandatangani oleh guru.

16.4 Guru-guru hendaklah berhati-hati apabila menutup Jadual Kedatangan.

16.5 Semua Jadual Kedatangan mesti dihantar ke pejabat sebelum rehat tiap-tiap hari. Tidak dibenarkan sekali-sekali membawa buku Jadual Kedatangan balik ke rumah.

17. BUKU MASUK / ADMISSION BOOK.

Nama murid yang baru masuk akan dicatatkan ke dalam Buku Pendaftaran dengan teliti dan lengkap. Ini dibuat oleh GPK HEM sahaja.

18. KAD SULIT ( CUMULATIVE CARDS ).

18.1 Semua butir-butir yang berkenaan hendaklah di isikan.

18.2 Sila pastikan bahawa bilangan kad adalah sama dengan bilangan murid dalam kelas.

18.3 Butir-butiran berkenaan: tinggi, berat dan sebagainya hendaklah di isi dengan Sistem Metrik.

18.4 Rekod markah ujian hendaklah diisi dengan teliti dan kemas.

18.5 Sila asingkan kad-kad mengikut kelas sebelum 1 Februari 2010.

19. HAL-HAL LAIN.

19.1 Penggunaan talipon hendaklah dicatat dalam buku talipon dan dibayar.

19.2 Kunci-kunci hendaklah diambil dan dikembalikan di tempat asalnya. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil kunci.

19.3 Segala pembelian / pemesanan barang-barang untuk kegunaan sekolah hendaklah melalui Guru Besar / GPK. Guru-guru tidak dibenarkan berhubung dengan wakil jualan tanpa dimaklumkan kepada Guru Besar.( JPWP 01-489 ) JLD.5 / (82) 2 / 9 / 94.

19.4 Tiap-tiap guru diharap dapat memberi kerjasama, sumbangan dan tenaga yang bersungguh-sungguh supaya dapat meninggikan taraf sekolah dalam segala bidang dan jurusan untuk memberi faedah kepada murid-murid.

19.5 Temujanji dengan doktor atau urusan peribadi, sila tentukan semua temujanji dengan doktor anda dibuat masa luar persekolahan. Urusan peribadi diselesaikan pada masa luar persekolahan. Kecuali tidak dapat dielakkan (berbukti) atau jumpa pakar.

19.6 Pulang awal pada hari persekolahan tidak digalakkan kecuali dengan alasan yang munasabah dan penting.

19.7 Guru-guru diminta melayan ibubapa / penjaga murid dengan baik jika mereka datang untuk bertanyakan sesuatu.

19.8 Jika ada guru pelatih dari mana-mana maktab datang membuat latihan mengajar di sekolah ini, diminta guru-guru darjah yang mengambil alih oleh guru pelatih ini berada di dalam kelas untuk membantu mereka.

19.9 Sila serahkan semua yuran yang dikutip kepada Guru Besar pada setiap hari pada bulan Januari.

19.9:1 Sila tulis resit dengan teliti dan lengkap mengikut tarikh duit diserah kepada Guru Besar iaitu seminggu sekali.

19.9:2 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid-murid tanpa kebenaran daripada Guru Besar. Sebarang jenis kutipan adalah kesalahan besar.

19.9:3 Guru Besar adalah pegawai yang ditauliahkan untuk yuran sekolah. GPK HEM adalah pegawai yang ditauliahkan untuk mengutip yuran PIBG.

19.4 Kerjasama antara guru-guru dan pihak yang terlibat dengan sekolah hendaklah ditingkatkan demi kemajuan sekolah kita.Guru-guru hendaklah berinteraksi dengan sopan dan hormat-menghormati.gunakan bahasa yang sopan, baik dan sesuai bersama murid atau rakan sejawatan. Amalkan budaya murni.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts