ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Wednesday, December 29, 2010

APAKAH PENDIDIKAN KHAS?


PENGENALAN
Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan bagaimana ia mempengaruhi
perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang. Kanak-kanak yang
belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai ‘kanakkanak
berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya.                                                                                                                                                      
APAKAH PENDIDIKAN KHAS? TOPIK 1

 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai
anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi
sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah
rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan
khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-pakar
dalam bidang:
􀁸 Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak  berkeperluan khas. 􀁸
Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah
pengajaran khusus.
􀁸 Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
􀁸 Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,

􀁸 Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:

SIAPA? – Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang
psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan
dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas,
pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli
psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar
ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan
tujuan membantu.

APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada
kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan
atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu
memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar
kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri,
membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul
dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk
mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu.

DI MANA? – Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam
kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau
sekolah berasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan
khas masih dipertikaikan [Kita akan membincang isu ini dengan lebih mendalam

Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri
tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.
Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama
ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan
‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat
belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata
lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak ini.


PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam
perkembangan pendidikan khas.  

Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak
buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau
Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah
dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)
bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah
Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian
Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.


 Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand
yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]
2. Pada tahun 1959,

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.

Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:

·         Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak             bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

·         Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan
      kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk
      serta kanak-kanak spastik.

·         Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat
awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui
peraturan-peraturan menetapkan:

(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;

(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;

(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini.  Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
.
Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan  masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.

Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

􀁸 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan      
    Khas
.
􀁸 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan      
    khas.

􀁸 Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan    
    khas.

􀁸 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

􀁸 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi
kepada tiga bahagian dan satu unit:

(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

(b) Bahagian Pengurusan Sekolah

Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.

 (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).


(d) Unit Pengurusan

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan

􀁸 Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

􀁸 Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh
pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia,  Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25
sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kirakira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara.

Secara umum, pada tahun 2002 daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah penglihatan.

.
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

􀁸 Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan
    intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

􀁸 Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas
    kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

􀁸 Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi
    kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara
    umur 6-16 tahun.

􀁸 Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang
    komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
    kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
    pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di
barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,
berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan
maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapat
membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di
Malaysia.

Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan
1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Manakala di
Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan
khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada
Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta
kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat
terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan
penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita
akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Amerika
dan di Britain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar
terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah memasuki
universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap
seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang
berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an. Pada 29
Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di
antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public
Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in menunjukkan
betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:

􀁸 Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.

􀁸 Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak   
menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”

􀁸 Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam
penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

􀁸 Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

􀁸 Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang
pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA, kini program
intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan
pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia
menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka.
Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masingmasing
yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar
dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan
pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian pendidikan’ diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.


Perkembangan Pendidikan Khas di Britian

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

􀁸 Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

􀁸 Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’. Pelbagai istilah lain telah
digunakan untuk ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanak-kanak istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan kanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan.

Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Lihat Rajah 1.6 yang membentangkan tiga kes pelajar berkeperluan khas yang berlainan. Pelajar X boleh ditakrifkan sebagai bermasalah fizikal, Pelajar Y ditakrifkan sebagai bermasalah mental dan Pelajar Z boleh ditakrifkan sebagai bermasalah emosi dan tingkah laku. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanakkanak berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.

(a) Bermasalah Fizikal

Tidak semua murid-murid berkeperluan khas boleh dikenal pasti melalui pemerhatian fizikal. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kelihatan seperti kanak-kanak biasa dari segi fizikalnya. Kanak-kanak ini mampu bergerak dan mengurus diri seperti kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yang menghadapi penyakit tulang belakang atau lumpuh perlu sokongan atau kerusi roda untuk bergerak. Mereka sukar bergerak seperti kanak-kanak biasa, malahan sesetengah daripada mereka tidak boleh mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis masalah fizikal yang dihadapi oleh
kanak-kanak berkeperluan khas.


(b) Bermasalah Mental

Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis pada tahap kanak-kanak normal mungkin menghadapi masalah keupayaan mental yang rendah. Secara umum, mereka mempunyai keupayaan intelek atau IQ yang rendah. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang menghadapi kerencatan mental. Dari segi fizikal, sesetengah antara mereka kelihatan sama seperti kanakkanak biasa. Sebaliknya, perbezaan dari segi fizikal dapat dilihat dengan ketara seperti mereka yang menghadapi sindrom Down.

(c) Bermasalah Emosi

Kanak-kanak bermasalah emosi kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini boleh dikenal pasti melalui pemerhatian dari segi emosi, hubungan sosial dan tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah emosi ialah; gelisah dan bergerak ke sana sini, suka merosakkan harta benda sendiri dan orang lain, kerap bergaduh, tidak disukai oleh rakan, risau mengenai perkara yang kecil, berbahasa kasar, dan sebagainya. Senaraikan perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi.


KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah kelas biasa, kamu akan dapati kanak-kanak yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain, ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah matematik, manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca. Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimana pun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan yang khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasi potensi mereka (Heward, 2003).

Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengala  mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.

(a)  Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu  ekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003).         Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.

Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal. Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

(b)  Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.
(
PERANAN PAKAR PERUBATAN DAN PAKAR PENDIDIKAN
KHAS

Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalamai kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan
terhadap kanak-kanak ini adalah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami.
Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran
dan melatih mereka bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanakkanak
buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
1.    Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri, kawasan  berhampiran,melalui  Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital.
2.    Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mengumpul maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan kanakkanak pendidikan khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.
3.    Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi dan latar belakang murid.
4.    Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan masalah kesihatan dan cadangan penempatan.
5.    Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.
6.    Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke sekolah atau kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7.    Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa.
8.    Merekod pendaftaran.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-perkara berikut:

(a) Penyampaian
Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar buta.

(b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya.

(c) Peralatan
Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.

(d) Bilangan Pelajar dalam Kelas
Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid.

(e) Guru Pendidikan Khas Terlatih
Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau  kanak-kanak bermasalah penglihatan.

(f) Pengubahsuaian Kurikulum
Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya yang diajar.

(g) Aktiviti Kokurikulum
Disesuaikan dengan jenis murid khas.

KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan.

(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran
Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca,
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).


(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja iaitu:

(i)            Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
(ii)          Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental

Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

 (d) Kurang Upaya Fizikal

Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa

Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap

(f) Kurang Upaya Pembelajaran
Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat.

(g) Gangguan Emosi
Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit,
mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri, berkhayalan dan sebagainya

(h) Pintar Cerdas

Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka
sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .

Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas memiliki
ciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang sama.
Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran berkongsi
ciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimana
pun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap
individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya memberi
layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.

INTERVENSI AWAL

Definisi
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas
sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran
motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus
selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh
merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif
bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa
amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik
enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan  kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal
untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia]
(sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca
pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi
lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi
tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan
pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki
mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa
tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang
menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk
membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru
tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka
harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Pentingnya Intervensi Awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi (IDEA, 1990).   Mengapa?

􀁸 Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

􀁸 Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

􀁸 Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

􀁸 Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.

􀁸 Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

Perlaksanaan Intervensi Awal

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru
atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi
tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini
bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik
mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

(a) Intervensi Berpusatkan Guru

Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan
utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang
menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi
arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat
bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga

Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?

PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK

Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).
Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar
dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan
mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan
untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan
kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung
kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan
Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki mengalami
kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu
intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi
pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran
digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.

Penyaringan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

Pengujian Diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau beberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang
dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).

(a) Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak
.
(b) Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).

KOMPETENSI SOSIAL

Apa Kompetensi Sosial?
Dalam beberapa dekad yang lampau, terdapat bukti-bukti penyelidikan yang mengatakan
iaitu, sehingga kanak-kanak mencapai kompetensi sosial minima pada umur 6 tahun,
kemungkinan besar mereka menghadapi masalah apabila dewasa (Ladd, 2000). Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu lain. Menurut Hartup (1992), kebolehan kanak-kanak bergaul dan bukan pencapaian akademik yang menentukan kejayaan sebagai dewasa. Kanak-kanak yang agresif dan tidak disukai oleh rakan-rakannya, tidak dapat mengekal hubungan rapat dengan kanak-kanak lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengambil pensel seorang kanak-kanak lain tanpa meminta kebenaraan menunjukkan kompetensi sosial yang rendah. Kanak-kanak ini tidak peka terhadap perasaan orang lain.
Oleh kerana perkembangan sosial bermula sejak lahir dan berlarutan sehingga ke akhir
hayat, adalah jelas bahawa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak harus diberi peluang yang cukup untuk memperkembangkan kompetensi sosial mereka. Contoh tingkah laku yang mempamerkan kompetensi sosial ialah keupayaan menunjuk empati, merunding untuk menyelesai sesuatu masalah, menunggu giliran, mengambil kira perasaan orang lain, sanggup bertolak-ansur, berkompromi, mudah berkawan dan sebagainya. Kompetensi sosial diperolehi melalui pembelajaran dan dipamerkan melalui tingkah laku lisan (pertuturan) dan tingah laku bukan lisan (gerak-geri anggota badan). Bagi kanak-kanak berkeperluan khas pula,
penguasaan kompetensi sosial menjadi lebih mencabar. Mereka menghadapi kesukaran
berinteraksi dengan orang lain, enggan menyatakan perasaan mereka, tidak dapat berasa empati, tidak mahu menerima pendapat orang lain, bersifat agresif dan anti-sosial, tidak cekap menyelesai masalah dalam kumpulan dan tidak cekap merancang masa depan (Vaughn, 2003). Contohnya, kanak-kanak autistik kerap memencilkan diri.

Strategi Mempertingkatkan Kompetensi Sosial
Pelbagai strategi telah digunakan bagi mempertingkatkan kompetensi sosial. Bagaimana
pun strategi yang digunakan bergantung kepada umur kanak-kanak dan masalah yang
dialami. Satu strategi yang kerap digunakan ialah latihan kemahiran sosial (social skills
training). Kemahiran yang lazim diajar ialah tolong-menolong, perkongsian dan
bekerjasama. Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar cara bagaimana memasuki sesuatu
kumpulan, bagaimana menjadi peserta yang berkesan dalam kumpulan, pentingnya
menunggu giliran dan mematuhi peraturan dan bagaimana berbual dengan dengan rakan
sebaya.
Kemahiran-kemahiran lain boleh diajar ialah seperti pengurusan kemarahan, resolusi
konflik dan penyelesaian masalah (mengenal pasti masalah, mewujudkan alternatif,
pemilihan penyelesian). Sesuatu kemahiran sosial boleh diajar secara individu atau secara
kumpulan kecil. Sesuatu kemahiran itu diperkenalkan dan kanak-kanak diberi peluang
membincang tentang kemahiran berkeaan. Kemudian, kanak-kanak menonton sesuatu
filem pendek atau mendengar cerita yang mengilustrasi penggunaan kemahiran
berkenaan. Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktik kemahiran yang
diajar melalui drama atau main peranan bersama dengan kanak-kanak lain dalam
kumpulan. Guru memandu penggunaan kemahiran tersebut sambil pengukuhan dan
maklum balas positif supaya kemahiran itu dipamerkan secara spontan.

PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya
guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juha berpendapat bahawa pihak
sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut:

(i) Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa
Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)

(ii) Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa
Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur.

Contohnya:

􀁸 “Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?”
􀁸 “Ini bukan salah anda”
􀁸 “Anak anda berkemampuan untuk lebih maju”

(iii) Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa
Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.




 (iv) Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa
Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

(v) Meyakinkan Ibu Bapa
Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanak-kanak
berkeperluan khas atau kurang upaya

PENDIDIKAN INKLUSIF

Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana harus
di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa. Contohnya, pelajar yang mengalamai kerencatan mental sederhana atau pelajar penglihatan terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal. Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal. Lihat Rajah 2.8 yang menunjukkan pelbagai kaedah penempatan pelajar kurang upaya. Pelajar kurang upaya yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang mengalami masalah yang teruk diasingkan. Dengan perkataan lain, pelajar diasingkan menurut tahap keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi atau hospital khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.

Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan inklusif
berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang sama, gurupendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menempatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic,1995; Sailor, 1991). Pelajar-pelajar kurang upaya yang diasingkan ditakrifkan sebagai ‘berlainan’ dan ini telah menjejaskan harga diri dan semangat mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun, penyelidikan yang menyokong pendapat-pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini akan terus dipertikaikan.

RUMUSAN
1. Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan sekumpulan kecil
kanak-kanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada kanak-kanak biasa.

2. Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami kesukaran belajar dan memerlukan program pendidikan khas.

3. Kurang upaya (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu kekurangan menghad
individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja.

4. Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesusatu masalah atau penghalang yang
dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.

5. Pendekatan perubatan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas adalah untuk
memulih atau mengubati kecacatan yang dialami

6. Intervensi awal (early intervention) diaturkan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
sejak dilahir hingga 6 tahun kerana sangat penting.

7. Kajian-kajian menunjukkan iaitu intervensi awal membawa kesan positif kepada
kanak-kanak kurang upaya dan berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan
jangka masa panjang.

8. Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.

9. Sebelum program intervensi hendak dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan.

10. Penyaringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara dengan
cepat dan mudah dan melibatkan bilangan pelajar yang ramai.

11. Pengujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada
seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan
dirinya
.
12. Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang
berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu
lain.

13. Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar
berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal.

Popular Posts