ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Sunday, July 3, 2011

LAWATAN & PERMAINAN BOWLING MURID PRASEKOLAH

Pada 30 Jun 2011,murid Prasekolah SKPK Jalan Peel telah mengadakan lawatan dan permainan boling di Ampang Superbowl, Ampang Point, Selangor. Seramai 6 orang murid prasekolah terlibat dan 2 orang guru serta seorang pembantu Pengurusan Murid. Guru kelas iaitu En Hafiz bertindak sebagai ketua lawatan tersebut.
Permainan bermula jam 10.30 dan berakhir jam 12.00 tengahari. Program ini merupakan julung kalinya diadakan dan menjadi satu pengalaman yang bermakna kepada murid prasekolah SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Sebelum permainan murid bersarapan dahulu di Ampang Point bersama guru dan PPM. Murid kelihatan 'enjoy' dan gembira bermain boling. Ini merupakan pengalaman pertama mereka diberi pendedahan sukan boling yang jarang sekali dimainkan oleh murid pendidikan khas. Berikut beberapa gambar untuk dikongsi bersama.






Sekian

Guru Prasekolah



Popular Posts