Pada 17 November 2011, Rabu, Program Hari Anugerah Cemerlang Murid diadakan di sekolah SK Pendidikan Khas Jalan Peel. Tujuan Majlis ini diadakan adalag sebagai satu penghargaan dan peniktirafan murid sekolah yang cemerlang didalam akademik dan juga kokurikulum. Murid Prasekolah tidak terlepas dari program tersebut dan turut menerima hadiah. Semua murid prasekolah mendapat cenderamata dan saguhati tidak kira nombor didalam kelas. Ini adalah sebagai satu motivasi dan pengalaman awal kepada mereka agar rajin belajar dan mempunyai semangat cintakan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, 3 persembahan turut dilakukan oleh murid prasekolah iaitu Persembahan bercerita bertajuk 'Autobiografi saya' yang disampaikan oleh Nur Qistina Bte Mohd Zahid. Persembahan kedua ialah 'Padankan saya' yang disertai oleh semua murid prasekolah iaitu Danial Hakim, Haziq Hakimy, Izz Hakimy, Qistina & Chong Tze Cheah. Persembahan ketiga ialah 'pakaian beragam'. Kepada ibubapa yang tidak berpeluang melihat suasana semasa majlis tersebut, disini saya muatnaikkan beberapa gambar semasa majlis tersebut untuk dikongsikan bersama. Ibubapa boleh muatnaik gambar tersebut ( Kepada ibubapa murid pra sahaja diizinkan memuatnaik gambar tersebut).
Semoga terhibur. Salam 1 MalaysiaFollowers
Thursday, November 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam 1 Malaysia. Kepada ibubapa, anda boleh download lembaran kerja matematik ini secara percuma dan beri anak latih tubi semasa cuti se...
-
Didalam tunjang kreativiti & estetika, aktiviti yang telah saya jalankan kepada murid ialah membuat origami. Aktiviti origami ini member...
-
LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG ROTI DAN SEKITAR SHAH ALAM PADA 27 APRIL 2010 BERTEMPAT DI SHAH ALAM, SELANGOR. Pada hari...
-
Bagi yang ingin menghasilkan Trace font atau kadang-kadang disebut huruf putus-putus anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan MsWo...
-
PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA. 1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas p...
-
PENGENALAN Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi ...
-
Salam 1 Malaysia. Di kesempatan ini saya 'upload'kan beberapa gambar yang sempat diambil semasa sesi p&p dijalankan. Antara ak...
-
LAPORAN LAWATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ZOO NEGARA PADA 1 JUN 2010 BERTEMPAT DI ZOO NEGARA, HULU KELANG SELANGOR DARUL EHSAN Pada 1 ...
0 comments:
Post a Comment