ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Sunday, February 20, 2011

Tema minggu ke - 8

Kepada semua ibubapa, pembelajaran bertema pada minggu ini ialah bertajuk pakaian. didalam tema ini, saya memilih beberapa sub tema pakaian yang dirasakan sesuai dengan peringkat umur dan kesediaan murid prasekolah masalah pendengaran. Jadi murid-murid akan diajar mengenal pakaian kaum-kaum iaitu pakaian masyarakat Melayu, Cina, India dan kaum primbumi sabah dan sarawak. Walaupun tema pakaian, namun fokus enam tunjang pembejaran digabungjalin bersama dengan tema. Enam tunjang pembelajaran tersebut boleh dilihat di link berikut :
Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti p&p yang dijalankan sepanjang minggu ke 8 ini untuk tatapan tuan,tuan dan puan-puan serta pengunjung blog ini.Diharap sudi memberikan komen yang membina agar dapat meningkatkan lagi kualiti persembahan blog ini.
Menulis nama pakaian

Haziq Hamiky sebelum memulakan pelajaran

Izz Hakimy

Hakim

Cheah

Qistina

Aktiviti sesuaikan gambar emosi dengan simbol.Hamiky boleh mengenal emosi suka, marah, senyum


Aktiviti sains - Mengenal objek besar dan kecil.

Hakimy boleh mengecam objek besar tetapi belum menguasai sepenuhnya perkataan besar dan kecil.

Ni pula pic aktiviti transisi. Permainan manipulatif


Tunjang perkembangan fizikal. Hari ini aktiviti koordinasi mata-tangan iaitu memasukkan gelung ke dalam kon. Cheah boleh melakukan aktiviti tersebut.

Akhirnya berjaya

Ni pula aktiviti menyambut gelang(gelung) iaitu satu kemahiran koordinasi mata-tangan juga.

Qistina cuba menangkap gelang yang dilambung oleh guru kelas.

Lihat tuh? On air lagi..hehehe

Cheah menulis perkataan bertemakan berkongsi dalam subjek Moral.

( Pengunjung blog boleh klik pada gambar untuk zoom. )
 Gambar-gambar yang lain, InsyaAllah saya akan muat naikkan kemudian yer.

Sekian, Terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts