ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Wednesday, March 16, 2011

Latihan Tugasan Pelajaran Institut Bahasa (IB)

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, beberapa orang pelajar daripada Institut Bahasa datang melawat Prasekolah SKPK Jln Peel. Lawatan ini adalah sebagai latihan praktikal kepada pelajar dan latihan tugasan mereka. Murid juga 'happy' dengan kehadiran bakal guru tersebut dan memberikan kerjasama kepada mereka. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang tugasan mereka itu.
Sesi Ramah Mesra dengan murid

Aktiviti kognitif

Murid prasekolah berjaya lakukan. Syabas

Erm,,dah berjaya sure la suka kan???

Aktiviti P&P

Erm,,,kena pegang murid-murid ni baru nak bergambar


Kenang-kenangan




Saturday, March 5, 2011

Sambutan Hari Lahir Qistina

Sambutan Hari Lahir Qistina diadakan pada 24 Februari 2011 yang lalu. Disebabkan kesukaran mendapatkan akses internet, agak lambat saya posting entri ni,,Terima kasih kepada keluarga Nur Qistina yang menyediakan makanan bagi sambutan hari lahirnya. Terima kasih juga kepada ibubapa yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Ni ja gambar yang ada pada saya,,




Friday, March 4, 2011

Latihan Sukan Tahunan Sekolah

Pada minggu ke-9 ini, sekolah sibuk menjalani latihan sukan bagi rumah sukan masing-masing. Murid prasekolah turut serta didalam latihan tersebut. Nampaknya mereka begitu gembira walaupun panas terik. Berikut saya muat naikkan beberapa gambar murid prasekolah menjalani latihan sukaneka pada minggu tersebut.

Tuesday, March 1, 2011

Jamuan makan Malam BKGK 2011

Pada 25 Februari bertempat di Hotel Seri Petaling, Badan Kelab Guru mengadakan satu majlis jamuan makan malam. Semua hadir memeriahkan majlis. Pelbagai acara dilaksanakan pada malam tersebut antaranya sumbangan hadiah kepada ahli, sumbangan cenderahati kepada ahli yang menyambut hari lahir dan lain-lain. Majlis bermula jam 8.30 dan berakhir pada jam 11.00 malam. Acara cabutan bertuah juga turut diadakan. Berikut beberapa gambar untuk perkongsian bersama.





Monday, February 28, 2011

MESYUARAT IBUBAPA GURU PRASEKOLAH KALI KE 2 & SUKAN PRASEKOLAH 2011

Kepada Ibubapa Murid, Butiran mesyuarat adalah ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 6 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi
Hari : Ahad

Semua ibubapa diwajibkan hadir. selepas mesyuarat, akan diadakan sukan prasekolah gabungan bersama sukan tahunan sekolah SK Pendidikan Khas, Jalan Peel.

Terima Kasih,
Yang Benar
Mohd Alhafiz Bin Omar
Setiausaha
Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah


Sunday, February 27, 2011

BENGKEL SISTEM MAKLUMAT PRSEKOLAH KEBANGSAAN

Pada 28 Februari 2011, Bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, JPWP mengadakan satu bengkel sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) . Semua guru prasekolah di semua zon menghadiri bengkel tersebut.

Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Keperluan Bahan P&P Bagi tunjang Perkembangan Fizikal Murid Prasekolah Pendidikan Khas

Pada 26 Februari 2011 satu mesyuarat diadakan antara guru-guru prasekolah pendidikan khas di sekitar KL dan Selangor bersama dengan Pn Rashidah Binti Mohd Rasul iaitu Pen. Pengarah BPK, kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat diadakan di SKPK Kg Baru, KL dari jam 8.00 pagi berakhir jam 1.00 petang. Beberapa perkara dibincangkan yang melibatkan Keperluan Bahan P&P tunjang Fizikal. Seramai 6 orang Guru berkumpul dan berbincang bersama bagi menjayakan mesyuarat Tersebut.

Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah

Pada 24 Februari 2011, satu program sambutan Maulidur Rasul disambut oleh seluruh warga sekolah skpk Jalan Peel. Program diadakan seawal jam 7.30 pagi lagi. Majlis ini dimulakan dengan perarakan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.Q di sekolah dan berakhir di Yayasan Pendidikan Cheras, ( YPC ). Beberapa acara diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah :
1. Persembahan lakonan murid moral ( 3 buah lakonan bertemakan nilai murni ).
2. Sketsa murid Islam bertajuk ' Keinsafan'
3. Pertandingan mewarna
4. Kuiz Maulidur Rasul
5. Lakonan Guru Lelaki
6. Tayangan video Nilai Murni bagi murid moral.
7. Perkongsian motivasi oleh Cik Ng Chek Ee, 

Didalam pada itu, murid prasekolah sekolah kita tidak terkecuali terlibat sama dalam program dan memenangi acara yang dipertandingkan. Tak percaya?? Jom kita lihat gambar di bawah.. Hehe

















(gambar gambar lain saya akan 'uploadkan' kemudian,. InsyaAllah)

Manual blog.

Salam 1 Malaysia. Mungkin ada pengunjung blog yang masih baru dalam dunia internet. Disini saya memberikan sedikit penerangan ringkas. Setiap posts atau entri terbaru pengunjung boleh lihat di blog archive disebelah kanan laman utama blog. Disini semua post boleh dilihat satu persatu.
2. Setiap post boleh dikomen oleh pengunjung. Pengunjung boleh komen di bawah entri atau post setiap posts.
3. Untuk komen atau berbual secara online, pengunjung boleh klik pada button shout box. Apabila anda klik di shout box, comment box akan keluar dan anda bolehlah memberikan komen yang membina dan positif. Shout box terdapat di sebelah kanan di bahagian atas.
4. Bagi yang membuat yahoo messenger atau (YM) anda boleh chat dengan men klik pada gadget chat with ym di ruang sebelah kiri.

Seni & Kraf - Mengunting gambar pakaian dan membuat origami.

Didalam tunjang kreativiti & estetika, aktiviti yang telah saya jalankan kepada murid ialah membuat origami. Aktiviti origami ini memberikan banyak pengalaman pembelajaran kepada murid murid antaranya ialah kemahiran 'fine motor' iaitu aktiviti melipat mengikut garisan, kemahiran proses sains iaitu sistematik dan kemahiran pemerhatian. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk melipat kertas mengikut 'step by step' hingga menjadi baju. Disini saya muatkan beberapa gambar murid prasekolah semasa menjalankan aktiviti seni dan kraf tersebut. Diharap ibubapa dan pengunjung blog sudi-sudikan memberikan komen anda.
p/s : Anda boleh klik pada shout box di paparan utama sebelah kanan blog untuk komen ringkas. Terima Kasih.

Mengunting bentuk pakaian. Hakim boleh mengunting mengikut garisan dengan baik

Haziq boleh mengunting mengikut garisan pada tahun ini. Satu perkembangan yang amat saya harapkan.

Melipat kertas

Tak percaya? Percaya lah. Murid ini melipat sendiri.

Hakimy masih belum menguasai kemahiran melipat. Dia perlu dibantu lagi.






Popular Posts