ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Monday, May 30, 2011

Masalah Pendengaran


DEFINISI 
Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. 
TANDA-TANDA MASALAH PENDENGARAN 
Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat, menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan. 
KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN 
1 Hilang pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 
2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural
Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 
3 Hilang pendengaran jenis campuran
Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural. 
PUNCA MASALAH PENDENGARAN 
Antara penyebab maslah pendengaran ialah jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor. 
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL 
Audiologis merupakan ahli profesional yang terlatih dalam bidang pendengaran normal dan tidak normal. Seseorang audioologis itu menumpukan perhatiannya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemasangan alat bantu pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program rehabilitasi dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengran. 

Sumber             : www.geocities.com/mash1995
Penulis             : Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran
Tahun               : 2002 

Saturday, May 28, 2011

PUSAT PERTUTURAN KIU


Kepada semua ibubapa, saya mencadangkan agar tuan/puan membawa anak tuan/puan ke Pusat Pertuturan Kiu. Disini murid yang mempunyai masalah pendengaran agar dilatih dengan teknik yang berkesan dan hasilnya murid boleh bertutur dengan baik dan lancar.

Anda boleh melayari laman berkenaan sebagai rujukan. Click Here

Aktiviti Matematik. Peer to Pear Teaching Method

Salam 1 Malaysia.

Ni video P&P bagi subjek matematik iaitu membilang daripada 1-20.. Saya mengalu-alukan semua komen dan padangan daripada pembaca untuk penambahbaikan. Sila email kepada peace_mayon@hotmail.com, Terima Kasih

Friday, May 27, 2011

PANDUAN TAMBANG TEKSI LEMBAH KELANG


Panduan tambang Teksi Lembah Kelang . 

MENUKAR DOKUMEN KEPADA FORMAT PDF


Kita boleh menukar pelbagai bentuk dokumen dari Ms Word, Powerpoint dan Excel kepada format pdf dengan mudah dan percuma. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan perisian Cutepdf writer. Cutepdf dipasangkan dalam subsistem printer. Untuk menukar kepada pdf kita cuma beri arahan untuk print dan pilih cutepdf sebagai printer – arahan untuk ‘save’ dalam format pdf akan terpapar.
Keperluan untuk pemasangan:
- Serasi dengan Microsoft Windows 98/ME/2000/XP/2003/Vista/7 (x86/x64).
- Muat turun Cutepdf melalui link ini download
- Memerlukan converter PS2PDF seperti ghostscript yang boleh dimuat turun secara percuma melalui link ini download.

PERISIAN TALK IT

Talk It merupakan suatu perisian yang akan banyak membantu anak-anak menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menyakinkan. Ianya didatangkan dengan 16 tempo bunyi suara manusia. Anda juga boleh mengubah pitch dan kelajuan mengikut kesesuain.
talkany
Selepas dimuaturun anda perlu right klik pada file talkany untuk membuat create shotcut pada desktop spertimana langkah dalam gambar di atas. Setelah shorcut telah ada pada desktop..double klik pada ikon talk it dan perisian ini siap untuk digunakan.
talkany1 Anda boleh taip perkataan atau ayat dalam Bahasa Inggeris, kemudian tekan butang talk It..anda boleh mendengar suara orang menyebut perkataan tersebut. Ianya cukup menyeronokkan untuk anak anda mencubanya.
Untuk download sila klik link di bawah;
(THANKS TO AZUAR)

WORKSHEET MATEMATIK FREE

 Salam 1 Malaysia. Kepada ibubapa, anda boleh download lembaran kerja matematik ini secara percuma dan beri anak latih tubi semasa cuti sekolah ini ya..Cikgu-cikgu yang rasa bahan ni sesuai untuk anak murid boleh ambil.
Lembaran kerja ini mengandungi 33 halaman bercetak dan berwarna warni. Ianya sesuai untuk mengajar murid konsep penambahan.
Anda boleh melihat dan mengambil idea daripada lembaran kerja ini. Untuk muat turun anda boleh klik pada link di bawah:
additon

Saturday, May 21, 2011

DOWNLOAD 3000 FONT STYLE FOR UR WINDOWS

3000 Fonts

Anda mungkin tercari-cari himpunan font untuk windows. Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mendapatkan banyak font yang berbagai betuk, selain daripada yang sediaada pada windows anda.
Saya sendiri ada 3000 koleksi pelbagai font yang boleh di download melalui link ini. ( http://www.sendspace.com/file/1g3z9n ). Setelah download, anda perlu extract ke dalam folder yang dipilih.
font
Langkah seterusnya ialah untuk install font ke dalam windows anda. Contoh yang saya bagi ini adalah untuk windows xp:
1. StartRun – taip %windir%\fonts dan klik ok
2. Dalam file menu, klik install new font
3. Dalam kotak drive, klik drive yang ada folder font tadi, kemudian klik ok.
4. Dalm box folder, klik ada folder yang mengandungi font.
5. Pada kotak List of font, klik pada font yang anda inginkan. Untuk memilih banyak font pada sesuatu masa, klik CTRL dan klik pada font.
6. klik copy fonts to fonts folder, klik ok.
Font baru akan tersimpan di dalam folder Windows font dan anda bolehlah gunakannya di dalam MS Word dan sebagainya.

SELAMAT MENCUBA
(Credit by Azuar)

ONLINE GAME DOWNLOAD FOR CHILDREN

Laman Web untuk Video, games, kuiz dan puzzle untuk kanak-kanak

image
Salam..laman web ini banyak membantu untuk p&p yang lebih menarik. Laman ini mengandungi:
- Video pendidikan mengikut tema
- Games dan puzzle
- kuiz mengikut topik dan aras.
- koleksi gambar
- Membina persembahan multimedia.
Bahan-bahan dalam laman web ini adalah untuk pelbagai tahap murid sekolah rendah.
untuk ke web ini sila klik link di bawah:
http://www.neok12.com/
Bagi anda yang ingin memuat turun video dan SWF file ini boleh klik dibawah

Untuk muat turun perisian ini anda boleh guna link di bawah:
http://download.cnet.com/3001-11745_4-10702106.html?spi=fd6dc913c80c0da684cc4ecb77d4cf44
Selepas dimuatturun dan dipasang di dalam komputer anda, kelihatan extension Sothink Web Video Downloader for firefox ( Alt+W) pada menu bar – tools.
web
Untuk download video anda hanya perlu mainkan video dalam mana-mana laman web. Untuk contoh ini saya mainkan video dari website http:www.teachertube.com. Kemudian pada menu bar Mozilla Firefox – tools – klik sothink Web Downloader for firefox.
web1
Kemudian dialog box Sothink Web Video Downloader akan terpapar – klik pada URL – file – download.
web2
kemudian anda diarahkan untuk simpan file video anda mengikut format asalnya. Untuk contoh ini formatnya ialah FLV
web3
Perisian ini pada pandangan saya agak praktikal kerana ianya dapat muat turun pelbagai format video dari pelbagai laman web dengan cara yang mudah. kelajuan bergantung kepada spesifikasi komputer dan talian yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA
(kredit by Azuar)


BUAT WORKSHEET MENGGUNAKAN TRACE FONT

Bagi yang ingin menghasilkan Trace font atau kadang-kadang disebut huruf putus-putus anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan MsWord.
trace font
Apa yang perlu anda buat ialah:
1. Download font trace (klik disini untuk download)
2. Buka dan cari fail yang anda download tadi Copy file font trace tadi
trace font 1
3. start - Control panel – folder fonts (double click)– edit - paste
trace font 2
4. Buka Ms Word – tukarkan font kepada trace
trace font 3
5. Anda bolehlah mula membuat font dot-dot atau trace font untuk latihan menulis anak-anak anda.

Selamat Mencuba

(Credit by Azuar, Pra SK Seafield)

Friday, May 20, 2011

JOM KITA BERKONGSI BLOG PENDIDIKAN

Salam 1 Malaysia dan hai - hai Malaysia. jom kita lawat Blog ni. Mana yang bermanfaat kita amik jerk,,,, (click here )

Jom Tambahkan Ilmu dengan Positive Parenting

Salam 1 Malaysia dan Hai Hai Malaysia. Kepada semua guru-guru, pendidik dan pencinta ilmu berkaitan dengan kanak-kanak, Jom kita baca majalah Positive Parenting. Klik Jer,,,,dan baca!! Jangan lupa share dengan orang lain yer.. ( click Here )

Tuesday, May 17, 2011

Aktiviti Bulan 6 Prasekolah

LAWATAN DAN PERMAINAN BOWLING
Tarikh : 28 Jun 2011 (selasa)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Ampang Point, Selangor ( Pusat Sukan Bowling, Tngkt 3)

Sasaran : Murid Prasekolah
Ketua Lawatan : En Mohd Alhafiz Bin Omar
Pen Ketua Lawatan : Pn Agnita Marachus.
Bayaran : RM10 (termasuk makan)


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA


PRASEKOLAH SKPK JALAN PEEL MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SELURUH WARGA GURU SAMA ADA YANG MASIH BERKHIDMAT ATAU SUDAH BERSARA.

''GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA''

Saturday, May 14, 2011

Pemeriksaan Gigi

Pada April lalu, jururawat pergigian di bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia telah turun padang untuk membuat pemeriksaan gigi khusus untuk murid-murid sekolah. Murid prasekolah juga tidak terlepas berpeluang untuk membuat pemeriksaan gigi secara percuma. Pemeriksaan gigi ini secara tidak langsung melatih dan mendidik murid dengan sikap berani mencuba dan berdikari. Berikut dilampirkan beberapa gambar murid semasa pemeriksaan gigi dijalankan.


Hakim relaks di check gigi


Murid yang lain menanti giliran untuk di periksa gigi masing-masing


Steady Haziq....



Murid-murid di beri panduan menggosok gigi dengan cara yang betul
oleh jururawat pergigian



Sempat bergambar bersama dengan jururawat yang datang

Popular Posts