ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Saturday, May 14, 2011

BENGKEL PENGHASILAN BUKU INFORMASI/BUKU PENGOPERASIAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS BIL3/2011

Pada 9-12 Mei 2011, Bertempat di Hotel Putra KL seramai 28 orang guru pendidikan khas daripada SKPK dan PPKI telah berkumpul selama 4 hari menyiapkan buku informasi Prasekolah Pendidikan Khas. Syukur Alhamdulillah setelah berusaha dan bekerjasama, buku tersebut berjaya disiap dan dikumpulkan. Bersama kita nantikan penerbitan buku informasi tersebut kelak. Terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Khas, Khususnya Pegawai Prasekolah Pn Rashidaha Binti Mohamad Rasul kerana menganjurkan bengkel ini dan inisiatif beliau untuk menghasilkan buku tersebut.

Berikut beberapa gambar sepanjang Bengkel tersebut.









































Monday, May 9, 2011

Membuat koktel buah

Semasa pembelajaran bertemakan P&P, satu projek dijalankan oleh murid-murid prasekolah SKPK Jalan Peel iaitu membuat koktel buah. Beberapa kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti ini ialah :
  1. Kemahiran motor halus iaitu mengaul buah dan mencedok buah dan memasukkan kedalam bekas.
  2. Kemahiran/tunjang literasi sains iaitu mengelaskan buah mengikut 3 ciri iaitu warna,bentuk dan saiz.
  3. Kemahiran/tunjang sosio emosi dimana aktiviti ini memerlukan kerjasama murid antara satu sama lain agar projek yang dijalankan berjaya.
Bagi yang ingin mencuba, bahan-bahannya adalah seperti berikut :
Nanas dalam tin, cumi (jelly), nana de coco, susu cair, buah longan, buah anggur, rambutan dalam tin, dan laici. (buah boleh guna ikut idea sendiri )




Gaya seorang chef cilik


Aktiviti yang paling digemari oleh adik Haziq...


Cikgu: Bila lah nak siap koktel kita ni...Haziq asyik makan jelly tu je...
Haziq: Cikgu.. Haziq nak test kalau-kalau jelly ni ok ke tak....?
Cikgu: Ye lah tu....
Hakimy: Cikgu.. hakimy nak test juga.... ;)



Murid-murid di ajar cara-cara membuat koktel buah di samping menunjukkan kaedah pembelajaran secara pengalamian iaitu merasa sendiri buah-buahan seperti rambutan, laici, anggur dan nanas.

Epal yang sedap




Meh kakak AM ajar cara potong epal ye Hakimy...


Qistina....macam ni cara yang betul...


Bersungguh Haziq memotong buah epal... Fokus benar....

Aii Hakimy... pegang je ke epal tu...? Apa lagi, makan lah...

Ber'posing' selepas memotong buah epal...hehehe








Friday, May 6, 2011

Bahasa Isyarat Komunikasi seluruh (BIKS) Prasekolah

Lokasi : Kelas Prasekolah
Masa : 

Video P&P Praktikal Solat_hakim

Video ini adalah bagi subjek pendidikan Islam. Sebarang komen sila tinggalkan komen. Terima kasih.

Video P&P aktiviti matematik_turutan nombor


Video ini dirakam semasa proses P&P yang dijalankan kepada Muhammad Haziq. Ianya hanya untuk perkongsian dengan ibubapa dan dengan pendukung ilmu. Sebarang komen membina dialu-alukan.

Popular Posts