ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Friday, May 6, 2011

Video P&P aktiviti matematik_turutan nombor


Video ini dirakam semasa proses P&P yang dijalankan kepada Muhammad Haziq. Ianya hanya untuk perkongsian dengan ibubapa dan dengan pendukung ilmu. Sebarang komen membina dialu-alukan.

Wednesday, April 27, 2011

Ragam murid prasekolah waktu Transisi




Inilah ragam murid ketika waktu transisi. Main, gaduh, kacau kawan.

BENGKEL PENGHASILAN BUKU INFORMASI PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Untuk makluman ibubapa, Guru Kelas Prasekolah menghadiri bengkel tersebut pada ketetapan seperti berikut :

Bengkel Penghasilan Buku Informasi & Buku Pengoperasian Prasekolah Pendidikan Khas Bil 1. 2011
Tarikh : 25-28 April 2011
Tempat : Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur.



Kepada Guru-guru yang mengantikan kelas prasekolah, Guru Kelas, En Hafiz telah meninggalkan lembaran kerja kepada murid. Guru boleh menggunakan lembaran kerja tersebut untuk murid prasekolah.
Terima Kasih




Sunday, April 24, 2011

Amali Solat waktu Pendidikan Islam

Sambutan Hari Lahir Hakim


Haziq: Cepat lah Hakim... saya tak sabar nak rasa kek akim ni... nyum nyum..
Hakim: Sabar lah..... kena nyanyi dulu lagu Selamat Hari Jadi untuk Hakim.... hehehe




Adik Hakim..... Hakimi....

Tiup Hakim... jangan tak tiup....


Kek Hari Jadi Hakim... Klass gitu..

Jadual Waktu P&P

Kepada semua ibubapa murid, Tuan/Puan boleh merujuk jadual dibawah sebagai panduan. Terima kasih.

Tema Minggu Ke16 P&P

Kepada Semua ibubapa. Tema P&P murid pada minggu ini ialah makanan iaitu subtema buah-buahan. Diharap ibubapa membaca buku panduan isyarat tangan yang ada. Latih dan ulang pelajaran isyarat nama buah-buahan rutin yang biasa dilihat seperti oren, betik, anggur dan buah-buahan lain. Luangkan sedikit masa anda sewaktu dirumah untuk ulang semula pelajaran yang dipelajari oleh anak di sekolah.

Yang benar,
guru prasekolah
skpk Jalan Peel.




Wednesday, April 6, 2011

Murid menyusun huruf dengan betul



Adik Haziq menunjukkan kemajuan dalam mengenal dan menyusun huruf mengikut turutan yang betul..... Go Haziq....

Wednesday, March 16, 2011

Latihan Tugasan Pelajaran Institut Bahasa (IB)

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, beberapa orang pelajar daripada Institut Bahasa datang melawat Prasekolah SKPK Jln Peel. Lawatan ini adalah sebagai latihan praktikal kepada pelajar dan latihan tugasan mereka. Murid juga 'happy' dengan kehadiran bakal guru tersebut dan memberikan kerjasama kepada mereka. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang tugasan mereka itu.
Sesi Ramah Mesra dengan murid

Aktiviti kognitif

Murid prasekolah berjaya lakukan. Syabas

Erm,,dah berjaya sure la suka kan???

Aktiviti P&P

Erm,,,kena pegang murid-murid ni baru nak bergambar


Kenang-kenangan




Saturday, March 5, 2011

Sambutan Hari Lahir Qistina

Sambutan Hari Lahir Qistina diadakan pada 24 Februari 2011 yang lalu. Disebabkan kesukaran mendapatkan akses internet, agak lambat saya posting entri ni,,Terima kasih kepada keluarga Nur Qistina yang menyediakan makanan bagi sambutan hari lahirnya. Terima kasih juga kepada ibubapa yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Ni ja gambar yang ada pada saya,,




Friday, March 4, 2011

Latihan Sukan Tahunan Sekolah

Pada minggu ke-9 ini, sekolah sibuk menjalani latihan sukan bagi rumah sukan masing-masing. Murid prasekolah turut serta didalam latihan tersebut. Nampaknya mereka begitu gembira walaupun panas terik. Berikut saya muat naikkan beberapa gambar murid prasekolah menjalani latihan sukaneka pada minggu tersebut.

Tuesday, March 1, 2011

Jamuan makan Malam BKGK 2011

Pada 25 Februari bertempat di Hotel Seri Petaling, Badan Kelab Guru mengadakan satu majlis jamuan makan malam. Semua hadir memeriahkan majlis. Pelbagai acara dilaksanakan pada malam tersebut antaranya sumbangan hadiah kepada ahli, sumbangan cenderahati kepada ahli yang menyambut hari lahir dan lain-lain. Majlis bermula jam 8.30 dan berakhir pada jam 11.00 malam. Acara cabutan bertuah juga turut diadakan. Berikut beberapa gambar untuk perkongsian bersama.





Monday, February 28, 2011

MESYUARAT IBUBAPA GURU PRASEKOLAH KALI KE 2 & SUKAN PRASEKOLAH 2011

Kepada Ibubapa Murid, Butiran mesyuarat adalah ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 6 Mac 2011
Masa : 8.00 pagi
Hari : Ahad

Semua ibubapa diwajibkan hadir. selepas mesyuarat, akan diadakan sukan prasekolah gabungan bersama sukan tahunan sekolah SK Pendidikan Khas, Jalan Peel.

Terima Kasih,
Yang Benar
Mohd Alhafiz Bin Omar
Setiausaha
Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah


Sunday, February 27, 2011

BENGKEL SISTEM MAKLUMAT PRSEKOLAH KEBANGSAAN

Pada 28 Februari 2011, Bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur, JPWP mengadakan satu bengkel sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) . Semua guru prasekolah di semua zon menghadiri bengkel tersebut.

Friday, February 25, 2011

Mesyuarat Keperluan Bahan P&P Bagi tunjang Perkembangan Fizikal Murid Prasekolah Pendidikan Khas

Pada 26 Februari 2011 satu mesyuarat diadakan antara guru-guru prasekolah pendidikan khas di sekitar KL dan Selangor bersama dengan Pn Rashidah Binti Mohd Rasul iaitu Pen. Pengarah BPK, kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat diadakan di SKPK Kg Baru, KL dari jam 8.00 pagi berakhir jam 1.00 petang. Beberapa perkara dibincangkan yang melibatkan Keperluan Bahan P&P tunjang Fizikal. Seramai 6 orang Guru berkumpul dan berbincang bersama bagi menjayakan mesyuarat Tersebut.

Popular Posts