ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Thursday, February 17, 2011

P&P minggu ke-7

Aktiviti mengunting bagi meransang dan melatih perkembangan motor halus (fine motor) murid. Haziq Hakimi sudah boleh mengunting pada tahun ini berbanding tahun lepas. Tahniah Haziq. Hehe..

Ni pula murid saya Hakimy, Tunjang Fizikal Hakimy juga baik. Sudah boleh mengunting mengikut garisan dengan bail.

Ni la murid otai Pra, Cheah, Perkembangan Cheah dari aspek motor halus sudah mantap.

Apa komen anda? Murid pra khas boleh lakukan. Janganlah kita takut untuk berikan mereka aktiviti ini.


'' Senang rupanya mengunting ni yer,,,"

Ni pula murid saya, Hakim, Dari aspek perkembangan motor halus, Hakim juga tiada masalah. Boleh mengunting secara terancang dan terkawal.

Ni pula aktiviti matematik iaitu menyusun nombor secara menaik 1-10. Cheah sudah menguasainya. Tahniah.

Perkembangan Haziq didalam matematik juga berkembang baik tahun ini. Haziq sudah mengenal nombor 1-20 dan mampu menyusun mengikut urutan nombor secara menaik.

Tak percaya ka?Hehehe

Hasil nya,,,

Hakim pula perlukan lebih banyak aktiviti seperti ini. Perkembangan kognitif perlu dilatih dan diransang lagi.

Dah penat belajar, macam ni la,Biasa saya akan mengambil gambar mereka.

Ni pula aktiviti pendidikan Islam yang diajar oleh Ustazah Aziah.

Aktiviti menulis. hakimy belum menguasai kemahiran menulis perlukan lebih banyak latihan

Qistina sudah menguasai kemahiran menyusun nombor 1-20 secara tertib menaik dengan sangat baik. Tahniah.

Akhirnya,,, Berjaya tanpa bantuan guru pun.

Wednesday, February 16, 2011

Aktiviti murid dari minggu pertama hingga minggu ketujuh

Salam 1 Malaysia, kesulitan dan kekangan masa yang terhad membataskan saya untuk mengupdate blog ini. Dikesempatan ini saya uploadkan beberapa gambar murid prasekolah semasa proses p&p bagi tatapan semua. Aktiviti meliputi tunjang merentas kurikulum bersesuai dengan standard prasekolah kebangsaan.(gambar-gambar ini saya ambil semasa P&P berlangsung dan ketika waktu transisi. )

Yang Benar,
Guru Prasekolah
Skpk Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur.



Hakim, Cheah & Qistina

Ni Pic persediaan menyambut hari lahir Haziq pada 18 Januari 2011. Rakan-rakan meniup belon untuk Haziq



Aktiviti Fizikal






Membina Blog, (Tunjang Fizikal)



Kemahiran Motor Halus. Hasilnya oleh Izz Hamiky

Hakim memasukkan tali kedalam manik









Ni la Haziq, antara murid yang agak aktif dikelas saya, Hahaha,,tengok sajalah gelagat dia




Ni pula aktiviti sains iaitu kemahiran memerhati dan menaakul














Aktiviti menulis

kimy


Perancangan Program Prasekolah sesi 2011

Lanjutan mesyuarat jawatankuasa permuafakatan ibubapa sekolah yang lalu, beberapa aktiviti bakal dilaksanakan iaitu :

TENTATIF PROGRAM PRASEKOLAH 2011
Lawatan ke Kilang Roti Gardenia, dan lawatan P&P ke Sekolah Pendidikan Khas Selangor.
Tarikh : 20 April 2011
Planeterium Negara &Perpustakaan Negara
Tarikh : 29 Mac 2011 , Selasa
Lawatan P&P ke Aquaria, KLCC
Tarikh : 19 Julai 2011, selasa
Lawatan Ke Zoo Melaka
Tarikh : 14 September 2011, Rabu

Sambutan Hari Lahir Murid
Chong Tze Cheah DOB : 8.11.2005
Muhammad Danial Hakim DOB : 20.4.2005
Muhammad haziq Hakimi DOB : 18.1.2005
Muhammad Izz Hakimy, DOB: 18.9.2006
Nur Qistina : DOB : 25.2.2005


*dijalankan di kelas prasekolah.

*tarikh yang dinyatakan hanya jangkaan sahaja disebabkan oleh kemungkinan atau sebab yang tidak dapat dielakkan.


Disediakan oleh

(MOHD ALHAFIZ BIN OMAR)
Guru Prasekolah

Monday, January 3, 2011

Sesi taklimat Bersama Ibubapa Murid Prasekolah

Bertarikh 3 Januari 2011, Pada jam 9.00 pagi, satu taklimat diadakan antara guru kelas/pihak pentadbir dengan ibubapa murid. Agenda adalah seperti berikut.
  1. Mengenai Yuran tambahan
  2. Taklimat mengenai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Penerangan mengenai peraturan sekolah
  4. Ucapan Pn Ramenah Tani, GPK Tadbir&Kurikulum
  5. Taklimat Jadual dan Aktiviti tahunan
  6. Kutipan yuran
  7. Usul-usul
  8. Hal-hal lain
Sesi taklimat berjalan dengan lancar tanpa sebaranga masalah. Terima kasih kepada ibubapa yang memberikan kerjasama dengan baik.

Popular Posts