ShoutMix chat widget

Followers

Kod Tangan BM

Thursday, October 21, 2010

Aktiviti membuat cornflakes masa hari raya

Pada 29 September yang lalu, murid - murid saya menjalankan satu aktiviti yang memberikan pengalaman yang bermakna buat mereka. Saya anggap aktiviti ini adalah pendekatan projek. Inilah aktiviti nya.,,membuat cornflakes,, Proses pembelajaran ini lebih menumpukan kepada tunjang fizikal iaitu motor halus dimana murid akan menyudukan cornflakes yang sudah siap digaul bersama madu dan mentega ke dalam cup yang disediakan. Berikut merupakan gambar sepanjang projek membuat cornflakes ini dihasilkan.







 Lihatlah keriangan murid prasekolah,,,Setiap murid adalah berbeza. Hormatilah hak mereka,,

Monday, October 4, 2010

Membuat Cornflakes Madu

Pada 28 September 2010, saya ingin mencuba melihat murid prasekolah iaitu murid-murid saya membuat cornflakes madu. Daripada kajian-kajian dan maklumat yang saya cari di internet bersama pembantu Pengurusan Murid, akhirnya berjaya mendapat. So pada hari ini kami 'trial and error' ..Mulalah kerja kerja awal dijalankan iaitu menyediakan bahan seperti cornflakes, mentega dan madu. TQ kak Norma sediakan bahannya,,hehe..
So ini 1st saya try kepada murid Prasekolah Khas dan erm,,memang mengejutkan saya..Mereka enjoy dengan aktiviti ini walaupun saya dan pembantu dan menang tangan mengawal tingkahlaku mereka yang agresif sekali. Masing-masing berebut nak masukkan cornflakes ke dalam cup..Memang saya happy sekali,,erm...hebatnya Allah itu menjadikan manusia ada kelebihan dan kekurangan..
P&P? Inilah P&P!!! Its Realia. Learning By Doing (mengaplikasikan konsep yang saya belajar semasa di Um dulu..) Thanks Prof Madya Dr Mariani Md Noor. So aktiviti hari ini bukan nak happy ja makan-makan ok,,ada matlamat pendidikan kat sini. Antaranya ialah tunjang Fizikal dimana keupayaan murid menguasai motor halus dan pengabungjalinan dapat dilihat seperti kemanusiaan, Bahasa, Sains dan Literasi dan banyak lagi,,Pendek kata dari awal aktiviti hingga berakhir semuanya mempunyai standard pembelajaran tertentu..
Inilah serba sedikit saya boleh sharing aktiviti yang saya jalankan. Terima Kasih.

p/s Guru Prasekolah

Friday, July 2, 2010

Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan

Pada 29 Jun 2010 saya berpeluang menyertai satu persidangan yang bermakna iaitu Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan. Persidangan ini diadakan di Hotel Pearl International yang dianjurkan oleh BPK Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan Tema yang hebat iaitu 'Menorakai Amalam Terbaik Dalam Perlaksaan Kurikulum Standard Prasekolah" Pelbagai golongan dan ilmuan dari dalam dan luar negara berkumpul berkongsi pendangan dan melontar idea bagi memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Persidangan yang bermula pada 29 Jun 2010 hingga 2 Julai ini amat bermakna. Sungguhpun jadual pengisian agak padat dan memenatkan namun terasa bermakna sekali bagi pendidik awal prasekolah didalam memperkasakan lagi sistem pelaksanaan terbaik amalan pendidikan Prasekolah di Malaysia.
YAB Tan Sri Mahyuddin Bin Mohd Yassin merapkap menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama beliau dan merasmikan Persidangan ini dengan lancarnya.
 Apa yang paling menarik dan bermakna bagi saya ialah perkongsian ilmu yang amat bermakna sekali yang diperolehi daripada ilmuan hebat dari dalam dan luar negara yang pakar didalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Paling mengujakan saya turut berjumpa dengan pensyarah yang merupakan ikon pendidikan bagi saya iaitu Prof Madya Dr. Mariani Md Noor yang turut dijemput sebagai speaker yang didalam persidangan ini. Syukur dan saya merasakan dunia ini begitu dekat. Sungguhpun hampir setahun lebih meninggalkan Universiti Malaya, namun suara beliau masih segar didalam ingatan dan dengan sikap yang bersahaja dan friendly senyuman dan gelak ketawa terukir dan memecahkan ruang ballrooom di Hotel Pearl, (hehe lebih2 plak saya).
Saya juga amat bersyukur kerana Allah telah ketemukan saya dengan guru saya sewaktu belajar di tingkatan enam dahulu di SMK Padang Serai, iaitu Sir Haris Bin Hameed yang kini menjawat jawatan sebagai Pen. Pengarah Bahagian Buku Teks di Kementian Pelajaran Malaysia. Sungguh bermakna persidangan ini bagi saya. Disini saya turut memuatkan beberapa gambar sempena persidangan Pendidikan ini semoga ia menjadi tatapan semua dan memberikan ilmu yang bermakna. InsyaAllah

Thursday, June 24, 2010


RANCANGAN TAHUNAN PRASEKOLAH
SK PENDIDIKAN KHAS JALAN PEEL
2010

MINGGU
TEMA
TARIKH PELAKSANAAN
CATATAN
1
MINGGU SUAI KENAL
4 – 8 Januari 2010
Pendaftaran Murid
Pengisi maklumat murid
Penyediaan jadual prasekolah
2
Diri saya
11 – 15 Januari 2010
Penyediaan rekod & fail murid.
Ambil gambar murid
3
Keluarga Saya
18 – 22 Januari 2010

4
Rumah Saya
25 – 29 Januari 2010

5
Sekolah Saya
1 – 5 Februari 2010

6
Perayaan di Malaysia
8 – 12 Februari

7
Anggota Badan
15 – 19 Februari 2010
Pemeriksaan Gigi
8
Pakaian
22 – 26 Februari 2010
Membuat latihan sukan
9
Sukan
1 – 5 Mac 2010
Sukan tahunan sekolah
10
Makanan
8 – 12 Mac 2010

11
Tumbuhan
15 – 19 Mac 2010

12
Tumbuh-tumbuhan
22 – 26 Mac 2010

13
Bunga
29 mac – 2 April 2010

14
Bunga
5 – 9 April 2010

15
Buah-buahan
12 – 16 April 2010

16
Buah-buahan
19 – 23 April 2010

17
Sayur-sayuran
26 – 30 April 2010
Lawatan Ke kilang Roti,27/4/2010
18
Haiwan Jinak
3 – 7 Mei 2010

19
Haiwan Liar/Purba
10 – 14 Mei 2010

20
Haiwan (hidupan Air/udara
17 – 21 Mei 2010

21
Serangga
24 – 28 Mei 2010

22
Kenderaan didarat
31Mei – 4 Jun 2010
Lawatan Ke Zoo Negara, 1/6/2010
23
Kenderaan di Air
7 – 11 Jun 2010

24
Kenderaan di udara
14 – 18 Jun 2010

25
Permainan
21 – 25 Jun 2010

26
Hari Kemerdekaan
28 Jun – 2 julai 2010

27
Pekerjaan Beruniform
5 – 9 Julai 2010

28
Pekerjaan tidak beruniform
12 – 16 Julai 2010

29
Makanan
19 – 23 Julai 2010

30
Alam semulajadi
26 – 30 Julai 2010

31
Alam semulajadi
2 – 6 ogos 2010

32
Kemudahan awam
9 – 13 Ogos 2010

33
Kemudahan awam
16 – 20 Ogos 2010

34
Kampung, Negeri & Masyarakat Sedunia
23 – 27 Ogos 2010

35
Hari Kemerdekaan
30 ogos – 3 September 2010
Sambutan Hari Kemerdekaan
(CUTI UMUM)
36
Kampung, Negeri & Masyarakat sedunia
6 – 10 septermber 2010

37
Meneroka Angkasa
13 – 17 September 2010

38
Meneroka Angkasa
20 – 24 septermber 2010

39
Persediaan tahun 1


40
Persediaan tahun 1


41



42



 Perancangan tema mingguan disesuaikan mengikut kesediaan murid untuk belajar dan kesesuaian situasi.

Enrolmen Murid Prasekolah

Lelaki : 7 orang
Perempuan : 1 orang
Jumlah : 8 orang

Melayu : 4 orang
Cina : 3 orang
India : 1 orang.

Monday, June 7, 2010

LAPORAN LAWATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ZOO NEGARA
PADA 1 JUN 2010
BERTEMPAT DI ZOO NEGARA, HULU KELANG SELANGOR DARUL EHSAN

Pada 1 Jun 2010, Selasa Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah telah mengadakan program lawatan pengajaran dan pembelajaran ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai seramai 7 orang murid prasekolah dan 4 orang guru dan pembantu pengurusan murid. Lawatan diketuai oleh ketua rombongan, iaitu En Mohd Alhafiz bin Omar selaku setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah.
Lawatan menggunakan kenderaan bas sekolah. Bas bertolak pada jam 8.30 pagi dari sekolah dan tiba di Zoo Negara tepat jam 9.00 pagi. Ketua rombongan membuat pembelian tiket dan murid menanti bersama dengan pembantu guru. Lawatan bermula jam 9.10 pagi. Pelbagai binatang dilihat oleh murid dan ketua rombongan memberikan pengajaran secara hands on dimana murid dapat melihat binatang liar dan binatang yang terdapat didalam zoo tersebut. Antara binatang yang dilihat ialah seperti singa, harimau, gajah, zirafah, monyet. lembu, kerbau, kuda belang, badak, buaya, itik, dan angsa Perjalanan di dalam Zoo Negara berjalan dengan lancar tanpa masalah. Kawalan dan tingkahlaku murid terkawal dengan bantuan pembantu pengurusan murid dan guru. Program terakhir lawatan ini ialah melihat pertunjukan singa laut dan burung helang yang disediakan oleh pihak Zoo Negara. Lawatan ini berlangsung lebih kurang tiga jam tiga puluh minit.
Pada jam 12.30 rombongan menaiki bas untuk pulang ke sekolah. Dalam perjalanan, ketua rombongan membeli makanan tengahari di restoran MCDonals kepada peserta rombongan lawatan.
Pada jam 1.20 rombongan lawatan tiba di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel. Program berakhir pada jam 1.25 setelah makanan tengahari diberikan kepada murid dan peserta rombongan.

Wednesday, June 2, 2010

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA.

Kepada Ibubapa murid Prasekolah, Sekolah akan mula bercuti pada tarikh beikut :
5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010.

Sekian Terima Kasih

Setiausaha
Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah
SK Pendidikan Khas Jalan Peel

Tuesday, May 18, 2010

Mengenai Prasekolah

Pengenalan

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.


LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM  melaksanakan Program Prasekolah.

Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah


BILANGAN KELAS PRASEKOLAH

Sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.


MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH

Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;

1.    Guru Lepasan Diploma

2.    Guru Siswazah

BIL. Negeri Kelas
1 PERLIS 63
2 KEDAH 458
3 P. PINANG 205
4 PERAK 624
5 SELANGOR 495
6 W.P K. LUMPUR 100
7 NEGERI SEMBILAN 227
8 MELAKA 163
9 JOHOR 684
10 PAHANG 518
11 TERENGGANU 355
12 KELANTAN 475
13 SARAWAK 833
14 SABAH 621
15 W.P. LABUAN 19
16 PUTRAJAYA 12
17 JUMLAH 5852
*Termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.


MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.    27 buah kelas prasekolah terdapat di Institut Perguruan.
2.    28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
3.    93 buah kelas prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.
4.    Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) ditempatkan di kelas prasekolah bagi membantu guru prasekolah.


MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH KPM
(Seperti pada 31 Januari 2007)


BILANGAN MURID MENGIKUT NEGERI

BIL. NEGERI   MURID
1 PERLIS 1280
2 KEDAH 9297
3 P. PINANG 4162
4 PERAK 12667
5 SELANGOR 10049
6 W.P K. LUMPUR  2030
7 NEGERI SEMBILAN 4608
8 MELAKA 3309
9 JOHOR 13886
10 PAHANG 10512
11 TERENGGANU 7207
12 KELANTAN 9643
13 SARAWAK 16873
14 SABAH 12542
15 W.P. LABUAN 386
16 PUTRAJAYA 234

JUMLAH 118686
*Tidak termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.


TALIAN UNTUK DIHUBUNGI DI BAHAGIAN SEKOLAH

Unit Pengurusan Prasekolah
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

03-88849566
03-88849586
03-88849370
FAKS : 03-88849553/9315

Friday, May 14, 2010

KELAS BAHASA ISYARAT KTBM IBUBAPA MURID PRASEKOLAH

Bermula 29 April 2010, Kelas KTBM untuk Ibubapa murid diadakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah 2010 pada Mac yang lalu. Kelas Bahasa Isyarat ini dikendalikan oleh guru KTBM Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Peel Kuala Lumpur iaitu Pn. Noor Aisya Bt Maiden.

Antara objektif Kelas Bahasa Isyarat KTBM Ibubapa murid ini dijalankan ialah:

1. Memberi pengetahuan ilmu bahasa isyarat kod tangan bahasa melayu kepada ibubapa.
2. Menggalakkan komunikasi dua hala ibubapa dan anak-anak masalah pendengaran
dirumah.
3. Meningkatkan pengukuhan dan pemahaman murid mengenai pelajaran di sekolah.
4. Ibubapa mengaplikasikan pengetahuan bahasa isyarat dirumah sebagai mekanisme
interaksi dengan anak-anak masalah pendengaran.
5. Merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa murid khususnya prasekolah.
6. Membantu ibubapa memberikan pendidikan sepanjang masa kepada murid khususnya
masa     
    anak-anak dirumah.

Berikut adalah butiran mengenai kelas KTBM untuk ibubapa.

Hari      : Setiap minggu pada hari Khamis
Masa    : 12.05 - 12.35 tengahari.
Tempat : Kelas 1 Wira

Semoga usaha ini memberikan manfaat kepada semua dan mendapat ganjaran dari tuhan Yang Maha Esa.

Sekian.


Mohd Alhafiz Bin Omar
Setiausaha 
Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah
Sk Pendidikan Khas
Jalan Peel
55100 Kuala Lumpur.

Tuesday, May 4, 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS
JALAN PEEL
55100 KUALA LUMPUR

Tel      : 03-92851320
Faks   : 03-92001321
E-mail : wrkpeel@tm.net.my
ARAHAN/ PENGUMUMAN.

1. MASA SEKOLAH.

Masa sekolah bagi semua guru adalah seperti berikut:

Hari Isnin –Khamis : 7.30 pagi – 1.35 tengahari.
Hari Jumaat : 7.30 pagi – 12.05 tengahari.

Semua guru dikehendaki berada di sekolah dalam masa bertugas. Kebenaran diberi untuk meninggalkan kawasan sekolah pada masa bertugas dalam keadaan kecemasan ( Rujukan bil. 7 dlm. Pej. W/P5505). Guru-guru ini terlibat dahulu dikehendaki mengisi butir-butir dalam buku khas di pejabat sekolah.

2. JADUAL KEDATANGAN GURU-GURU.

Buku Jadual Kedatangan guru-guru akan ditinggalkan dalam pejabat. Semua guru dikehendaki menandatangani serta mencatat masa sampai dan balik untuk tugas mengajar dan tugas-tugas lain seperti gerakerja persatuan, gerakerja permainan dan sebagainya. Guru tandatangan mengikut masa gerakerja permainan dan sebagainya. Guru tandatangan mengikut masa sampai dan ‘ Line Merah ‘ akan di buat selepas 7.30 pagi.

3. TIDAK HADIR KE SEKOLAH.

Apabila seseorang guru tidak dapat ke sekolah, beliau adalah dikehendaki mengambil tindakan supaya memberitahu pihak pentadbir sekolah sebelum bermula. Buku pengajaran, anak kunci dan buku teks mestilah dihantar ke pejabat sekolah. Sijil Sakit (MC) hendaklah di hantar dengan segera.

4. GURU BERTUGAS.

Guru Bertugas Mingguan pastikan sampai ke sekolah 15 minit sebelum sekolah bermula dan meninggalkan sekolah 15 minit selepas bersurai. Anda akan bertanggungjawab memastikan kelas-kelas dibuka dan ditutup, lampu di pasang dan ditutup, air ditutup semasa datang dan balik.

4.1 Guru betugas akan menjalankan perhimpunan sekolah.

4.2 Anda akan bertanggungjawab bagi semua aktiviti sekolah dan kejadian yang berlaku sepanjang minggu.

4.3 Anda akan membuat laporan dalam buku laporan yang disediakan.

4.4 Sebelum perhimpunan, diminta guru bertugas berbincang dengan pihak pentadbir terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat untuk disampaikan semasa perhimpunan.

4.5 Guru bertugas hendaklah meronda kawasan sekolah pada masa sampai, rehat dan balik untuk membuat laporan tertentu. Segala laporan dan teguran hendaklah dibuat pada masa perhimpunan.

5. PERHIMPUNAN MURID-MURID.

5.1 Perhimpunan selama 30 minit akan dijalankan pada tiap-tiap hari Isnin jam 7.40 pagi. Pada hari lain juga pada 7.40 pagi.

5.2 Murid-murid mestilah diarah beratur dengan pantas dan senyap menuju ke kelas masing-masing.

5.3 Semua guru termasuk guru ganti hendaklah hadir di perhimpunan.

5.3:1 Guru kelas berdiri di hadapan kelas masing-masing dan guru lain di bahagian belakang. Guru-guru tidak digalakkan berkumpul- kumpul di masa perhimpunan.

5.3:2 Semua GPK berdiri di hadapan bersama Guru Besar.

6. MENGAJAR DI DALAM KELAS.

6.1 Setiap pelajaran mestilah diajar dengan lengkap.Murid-murid tidak dibenarkan duduk tanpa membuat kerja.

6.2 Semua kerja bertulis dikawal oleh guru. Beri kerja rumah yang mencukupi dan pastikan diperiksa.

6.3 Jangan memeriksa buku rampaian dan kertas ujian dalam kelas masing-masing.

6.4 Semua kerja bertulis hendaklah diperiksa,dibetulkan dengan cekap dan teliti.guru hendaklah menandatangani serta menulis tarikh di mana kerja telah diperiksa.

6.5 Catatan-catatan (notis) diberi hendaklah diperiksa, ditandatangani dan ditulis tarikhnya oleh guru.

6.6 Guru tidak boleh meninggalkan kelas tanpa sebab-sebab yang munasabah. guru kelas adalah bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku di dalam kelas. Keadaan kelas dan murid anda mencerminkan perwatakan anda.

6.7 Pemeriksaan kerja bertulis ialah tanggungjawab guru kelas dan guru yang bertanggungjawab atas mata pelajaran berkenaan.

6.8 Semua buku kerja mesti digunakan dan kerja-kerja ditanda / diperiksa.

6.9 Buku kerja dan buku tulis akan diminta untuk pencerapan.

6.10 Selepas peperiksaan, guru-guru hendaklah merancang sesuatu khas untuk murid-murid mereka supaya keadaan murid dapat dikawal.

6.11 Ujian bulanan hendaklah diadakan tiap-tiap hujung bulan mengikut takwim. Semua keputusan hendaklah dicatat dalam buku rekod.

7. BUKU RAMPAIAN.

7.1 Buku kerja murid / fail murid hendaklah dihantar kepada ibubapa / penjaga murid-murid mengikut tarikh yang ditetapkan dalam kalendar sekolah. Ibubapa / penjaga akan menandatangani buku tersebut dan kembalikan buku.

7.2 Buku rampaian akan juga diperiksa oleh pihak pentadbir pada masa yang ditetapkan.


7.3 Semua buku kerja boleh disimpan di bilik darjah, tetapi buku catatan bolehlah disimpan oleh murid-murid untuk ulangkaji.

7.4 Pulangkan semua buku murid di akhir tahun. Jangan ada yang masih disimpan dalam almari.

8. KETEPATAN PADA WAKTU.

( Surat pek. Ikhtisas bil 2/81 bertarikh 12/9/81 dirujuk ).

8.1 Ketepatan pada waktu hendaklah diikuti oleh semua guru.

8.2 Guru-guru patut tepat pada waktu datang ke sekolah, kelas atau apa-apa perjumpaan. Jika jarak rumah jauh cari jalan dan usaha datang awal. Jangan bergantung kepada takdir dan keadaan sahaja tanpa usaha dan ikhtiar.

9. DISIPLIN.

9.1 Disiplin sekolah adalah tanggungjawab semua guru.

9.2 Semua guru, khasnya Guru Kelas patut menjaga dan menggalakkan murid- murid:

9.2:1 Datang ke sekolah dengan berpakaian bersih dan lengkap.

9.2:2 Memberi salam kepada guru-guru / orang yang jauh lebih tua dan kawan-kawan dengan cara yang baik.

9.2:3 Beratur sebelum masuk ke dalam kelas / keluar dari kelas.

9.2:4 Pengucapan “ terima kasih “,”minta maaf “ dan sebagainya dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris.

9.2:5 Pada waktu akhir,pastikan kelas bersih dan kemas.

9.2:6 Jangan makan dan minum dalam kelas kecuali di kantin. Murid tidak dibenarkan ke kantin untuk membeli minuman guru.

9.2:7 Tidak dibenarkan menyapu bilik darjah atau kaki lima kelas pada masa belajar. Pastikan bilik darjah teratur sebelum mula mengajar.

9.2:8 Semasa rehat tidak dibenarkan murid berada di dalam kelas.

9.2:9 Murid-murid mesti beratur ketika hendak ke kantin.

9.2:10 Setiap lawatan belajar, semua guru diwajibkan berpakaian sekolah dan begitu juga dengan guru-guru hendaklah berpakaian kemas.

10. DENDA JASMANI ( CORPORAL PUNSHMENT ).

10.1 Guru-guru dilarang menjalankan apa-apa pun cara denda jasmani. Semua jenis perbuatan yang melanggar disiplin patut dilaporkan kepada badan disiplin.

10.2 Sekiranya terdapat guru-guru melanggar peraturan ini dan tindakan mahkamah diambil ke atas mereka. Pihak sekolah, Jabatan dan Kementerian tidak bertanggungjawab, Semua ditanggung oleh guru itu sendiri 100%.

11. PAKAIAN.

11.1 Arahan seperti dalam K.P Bil 8/1968 (48), dan arahan JPWP mesti diikuti. Perhatikan khas hendaklah diikuti mengenai pakaian bersesuaian untuk Pendidikan Jasmani.

11.2 Guru-guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada hari Isnin sehingga waktu rehat.

12. KEBERSIHAN.

12.1 Setiap guru patut menjaga kebersihan sekolah dan sekelilingnya kelihatan bersih.

12.2 Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua guru. Keadaan kelas mencerminkan peribadi guru.

12.3 Apabila murid-murid keluar untuk Pendidikan Jasmani, baju dan sebagainya hendaklah disusun dalam bilik darjah dengan kemas. Kelas hendaklah dikunci.

12.4 Kebersihan bangunan hendaklah dijaga. Tegur murid-murid yang mengotorkan dinding dan sebagainya.


13. ALAT BANTUAN, KAD PERSEORANGAN ( VISUAL AIDS INDIVIDUAL CARDS ).

Alat bantu mengajar mesti dipamerkan dalam tiap-tiap kelas. Alat yang dipamerkan mesti berkaitan dengan tajuk pelajaran yang diajar. Alat bantuan mengajar hendaklah selalu ditukar.




14. MURID-MURID YANG TIDAK HADIR SEKOLAH.

14.1 Jika seseorang murid tidak hadir ke sekolah lebih dari 3 hari tanpa memberi alasan, guru darjah hendaklah menghubungi pejabat untuk berhubung dengan ibubapa/ penjaga murid.

14.2 Guru-guru hendaklah mengingatkan murid-murid bahawa mereka mesti membawa surat keterangan daripada ibubapa atau sijil-sijil sakit jika tidak hadir.

14.3 Penyata ke tidak hadiran hendaklah di buat pada hujung tiap-tiap bulan.

15. BUKU REKOD PENGAJARAN.

15.1 Semua rancangan pelajaran hendaklah disediakan dalam Buku Rekod pada atau sebelum 4 Januari 2010

15.2 Semua butir-butir berkenaan murid-murid hendaklah dilengkapi sebelum 4 Januari 2010
15.3 Rancangan Pelajaran Mingguan bersama dengan pelajaran-pelajaran pada hari Isnin hendaklah disediakan setiap minggu. Buku Rekod Mengajar mesti di hantar ke PEJABAT pada hari Jumaat jam 12.05 tengahari setiap minggu.

15.4 Seorang guru yang menggantikan guru ( relief ) dalam sesuatu kelas hendaklah mengisi Buku Rekod Pengajaran dan Persendirian bagi guru yang tidak hadir readers balik digunakan semasa “relief “.

15.5 Segala hal kejadian mustahak hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod bahagian Rekod Aktiviti / Perancangan / Peringkat.

16. JADUAL KEDATANGAN MURID-MURID.

16.1 Jadual Kedatangan sementara akan digunakan selama 1 bulan. Semua butir dalam Jadual Kedatangan sementara hendaklah di periksa dengan teliti oleh guru darjah. Perhatian Khas diberi kepada alamat ibubapa / penjaga, nombor telefon rumah atau pejabat dan juga nama murid-murid mesti sama seperti dalam surat beranak serta nombor kemasukan murid.

16.2 Semua butir dalam Jadual Kedatangan hendaklah ditulis dengan skrip dan disiapkan pada awal Februari 2010 Nama hendaklah ditulis dengan penuh.

16.3 Sebarang kesilapan mestilah di palang dan ditandatangani oleh guru.

16.4 Guru-guru hendaklah berhati-hati apabila menutup Jadual Kedatangan.

16.5 Semua Jadual Kedatangan mesti dihantar ke pejabat sebelum rehat tiap-tiap hari. Tidak dibenarkan sekali-sekali membawa buku Jadual Kedatangan balik ke rumah.

17. BUKU MASUK / ADMISSION BOOK.

Nama murid yang baru masuk akan dicatatkan ke dalam Buku Pendaftaran dengan teliti dan lengkap. Ini dibuat oleh GPK HEM sahaja.

18. KAD SULIT ( CUMULATIVE CARDS ).

18.1 Semua butir-butir yang berkenaan hendaklah di isikan.

18.2 Sila pastikan bahawa bilangan kad adalah sama dengan bilangan murid dalam kelas.

18.3 Butir-butiran berkenaan: tinggi, berat dan sebagainya hendaklah di isi dengan Sistem Metrik.

18.4 Rekod markah ujian hendaklah diisi dengan teliti dan kemas.

18.5 Sila asingkan kad-kad mengikut kelas sebelum 1 Februari 2010.

19. HAL-HAL LAIN.

19.1 Penggunaan talipon hendaklah dicatat dalam buku talipon dan dibayar.

19.2 Kunci-kunci hendaklah diambil dan dikembalikan di tempat asalnya. Murid-murid tidak dibenarkan mengambil kunci.

19.3 Segala pembelian / pemesanan barang-barang untuk kegunaan sekolah hendaklah melalui Guru Besar / GPK. Guru-guru tidak dibenarkan berhubung dengan wakil jualan tanpa dimaklumkan kepada Guru Besar.( JPWP 01-489 ) JLD.5 / (82) 2 / 9 / 94.

19.4 Tiap-tiap guru diharap dapat memberi kerjasama, sumbangan dan tenaga yang bersungguh-sungguh supaya dapat meninggikan taraf sekolah dalam segala bidang dan jurusan untuk memberi faedah kepada murid-murid.

19.5 Temujanji dengan doktor atau urusan peribadi, sila tentukan semua temujanji dengan doktor anda dibuat masa luar persekolahan. Urusan peribadi diselesaikan pada masa luar persekolahan. Kecuali tidak dapat dielakkan (berbukti) atau jumpa pakar.

19.6 Pulang awal pada hari persekolahan tidak digalakkan kecuali dengan alasan yang munasabah dan penting.

19.7 Guru-guru diminta melayan ibubapa / penjaga murid dengan baik jika mereka datang untuk bertanyakan sesuatu.

19.8 Jika ada guru pelatih dari mana-mana maktab datang membuat latihan mengajar di sekolah ini, diminta guru-guru darjah yang mengambil alih oleh guru pelatih ini berada di dalam kelas untuk membantu mereka.

19.9 Sila serahkan semua yuran yang dikutip kepada Guru Besar pada setiap hari pada bulan Januari.

19.9:1 Sila tulis resit dengan teliti dan lengkap mengikut tarikh duit diserah kepada Guru Besar iaitu seminggu sekali.

19.9:2 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid-murid tanpa kebenaran daripada Guru Besar. Sebarang jenis kutipan adalah kesalahan besar.

19.9:3 Guru Besar adalah pegawai yang ditauliahkan untuk yuran sekolah. GPK HEM adalah pegawai yang ditauliahkan untuk mengutip yuran PIBG.

19.4 Kerjasama antara guru-guru dan pihak yang terlibat dengan sekolah hendaklah ditingkatkan demi kemajuan sekolah kita.Guru-guru hendaklah berinteraksi dengan sopan dan hormat-menghormati.gunakan bahasa yang sopan, baik dan sesuai bersama murid atau rakan sejawatan. Amalkan budaya murni.
LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG ROTI DAN SEKITAR SHAH ALAM
PADA 27 APRIL 2010
BERTEMPAT DI SHAH ALAM, SELANGOR.


Pada hari Selasa, 27 April 2010 Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru Prasekolah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke sekitar Shah Alam. Lawatan ini disertai oleh tujuh orang murid prasekolah, seorang guru, dua orang pembantu pengurusan murid dan turut terlibat ibubapa murid prasekolah seramai lima orang.
Program dimulakan dengan ucapan dan taklimat program lawatan tersebut kepada ibubapa yang telah disampaikan oleh ketua rombongan iaitu En. Mohd Alhafiz Bin Omar pada jam 8.00 pagi. Guru Besar, En Omar Bin Sujak turut serta memberikan sedikit ucapan ringkas berkenaan program pada hari tersebut.
Bas bertolak dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel pada jam 8.30 pagi. Rombongan ahli tiba di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor disambut oleh GPK HEM dan Penolong kanan 1. Lawatan diadakan di sekeliling sekolah dan juga di prasekolah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor. Sesi perbualan dan perbincangan dijalankan antara Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor.
Lawatan diteruskan dengan melawat kilang Roti High5 di seksyen 18, Shah Alam. Lawatan di kilang roti berlangsung lebih kurang 50 minit. Pelbagai pengisian program diadakan seperti tayangan multimedia berkenaan sejarah pembuatan roti, tayangan video mengenai roti high5. selepas itu, rombongan dibawa masuk ke muzium roti iaitu pameran dan sejarah pembuatan roti sejak zaman awal manusia sehinggalah kepada teknologi terkini pembuatan roti dihasilkan. Rombongan seterusnya dibawa melawat ke tempat pembuatan dan penghasilan roti daripada peringkat pembancuhan tepung sehinggalah kepada proses akhir iaitu pembungkusan.
Pada jam 11.30 pagi, rombongan lawatan singgah di restoran KFC untuk membeli makanan tengahari di Shah Alam sebelum berangkat pulang ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel.
Pada jam 12.00 tengahari, rombongan bertolak pulang ke Sekolah. Bas tiba disekolah pada jam 2.00 petang. Program berakhir dengan pemberian makanan kepada para ibubapa dan murid prasekolah.



Sejarah


Pada tahun 1984, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) telah memikirkan keperluan mewujudkan kelas-kelas integrasi dikebanyakan sekolah dibawah satu pentadbiran. Pada ketika itu, kelas khas (cacat pendengaran) di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar telah dibawa dan digabungkan di Sekolah Rendah Kebangsan Jalan Pasar.
Dua Tahun selepas itu, timbul pula masalah kekurangan bilik darjah di SRK Jalan Pasar dan telah dipindahkan kebangunan di bawah pentadbiran SRK Jalan Peel.
Pada tahun 1a9a88 bilangan murid cacat pendengaran bertambah daripada 56 orang kepada 78 orang. BIlangan kelas yang disediakan kepada murid khas ini hanya 6 buah sahaja. Dua daripada bilik darjah telah bertukar menjadi bilik pejabat dan bilik sumber/bilik guru. Dalam usaha untuk menempat dan membuatkan bilangan murid yang semakin bertambah. 4 buah kelas yang yang berukuran biasa telah dibahagikan kepada 8 bilik kecil. Dari semasa ke semasa bilangan murid terus bertambah.Diatas kerjasama dan prihatin pihak kementerian Pendidikan dan JPWP, maka satu keputusan dibuat untuk menukarkan kelas intergrasi kepada satu pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel bermula pada tahun 1989. Yang Kedua di Kuala Lumpur selepas sekolah kebangsaan Pendidikan Khas Kampung Baru. Guru Besar pertama yang dilantik oleh Kementerian ialah Puan Maimunah Bt. Jh Sapian sehingga 31 Mei 2000.
Kini, bilangan murid murid ialah seramai 42 orang dan 10b buah kelas iaitu prasekolah, 1AW, 1BW, 2W, 2S, 3A, 6AW. Guru seramai 22 orang dan pembantu pengurusan murid seramai 5 orang. Guru Besar sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel ketika ini ialah En Omar Bin Sujak

Popular Posts